top of page

8H6M Uzbekistan

Tashkent - Bukhara - Samarkand - Gijduvan - Chimgan Mountains

Bermula 

RM7440 / person

Uzbekistan Airways

DATE DEPARTURE : 25 APR - 1 MAY 2024, 23-29 MAY 2024, 30 MAY - 5 JUN 2024, 4-10 JUL 2024, 29 AUG - 4 SEP 2024, 12-18 SEP 2024, 26 SEP - 2 OCT 2024

Image by AXP Photography

JADUAL PERJALANAN

HARI 1 : Kuala Lumpur - Tashkent

  • Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Tashkent. Bermalam di Tashkent.


HARI 2 : Tashkent - Bukhara

  • Menaiki penerbangan domestik dari Tashkent menuju ke Bukhara; Ark of Bukhara: Kota pertahanan dan kediaman rasmi diraja yang masyhur di dalam Laluan Sutera yang dibina sejak abad ke-5 lagi oleh Putera Parsi Siyavusha dan di dalamnya terdapat istana, pasar, muzium dan Arslan Khan Mosque yang dibina pada 1119.

  • Menziarahi kompleks makam diraja Samanid Mausoleum yang dibina seawal kurun ke 10 dan juga Chashma Nabi Ayub yang dibina pada abad ke-12 untuk melindungi telaga Nabi Ayub di dalamnya. Menziarahi Bolo Haouz Mosque yang dibina sebegitu indah pada tahun 1712. Mempelajari cara menyediakan makanan tradisional pilaf dan mencuba teh herba tempatan.

  • Lyabi-Khauz Ensemble: Merupakan sebuah kawasan yang terdiri dari 3 buah bangunan utama iaitu Kukeldash Madrasah dibina pada 1568, Nadir Divan-Begi Madrasah pada 1619 dan Nadir Divan-Begi Khanqah (yang merupakan tempat perkumpulan ahli sufi) pada 1622.

  • Poi Kalan Complex: Sebuah dataran ikonik dan bersejarah di kota ini kerana dibina sejak tahun 1121 lagi, yang menempatkan 3 buah bahagian utama iaitu Kalan Mosque, Kalan Minaret dan Miri Arab Madrasah. Bermalam di Bukhara.

HARI 3 : Bukhara

  • Bahauddin Naqshband Complex: Sebuah kompleks pemakaman yang cukup indah senibinanya dibina pada kurun ke-14 bagi memperingati seorang tokoh ulamak Sufi yang terkenal di dalam dunia Islam yang mangkat pada 1389.

  • Sitorai Mokhi-Khosa Palace: Istana musim panas pemerintah Bukhara yang dibina pada 1917 tetapi hanya diduduki oleh keluarga diraja selama 3 tahun sebelum kudeta oleh tentera pimpinan Bishkek mengambil alih pemerintahan.

  • Chor Bakr Memorial Complex: Kompleks memorial ini dibina pada kurun ke-15 di atas perkuburan Abu Bakar Said yang mempunyai nasab keturunan Rasulullah SAW, yang mangkat pada tahun 971 dan di sini juga dimakamkan ahli-ahli keluarganya. Bermalam di Bukhara.

HARI 4 : Bukhara - Gijduvan - Samarkand

  • Melawat Gijduvan School of Ceramics untuk melihat cara pembuatan barangan seramik Gijduvan yang cukup terkenal di seluruh dunia dengan ukiran bentuk geometri berwarna hijau dan biru. Di sini juga tetamu juga berpeluang mencuba sendiri membuat barangan seramik.

  • Mempelajari cara penyediaan untuk membuat shish kebab yang begitu terkenal sebagai makanan tradisi Asia Tengah. Bermalam di Samarkand.

HARI 5 : Samarkand

  • Registan Square: Merupakan dataran yang paling ikonik mewakili negara ini dan kawasan terpenting bagi kota kuno Samarkand yang berusia sama tua dengan kota Rome dan Babylon. Dataran ini menempatkan 3 buah bangunan iaitu Ulugh Beg Madrasah yang dibina pada 1417, Sher-Dor Madrasah yang dibina pada 1619 dan Tilya-Kori Madrasah pada tahun 1646, selain di sini terdapat juga Mausoleum of Shaybanids.

  • Lawatan di Samarkand: Shah-i-Zinda Ensemble: Sebuah kota yang merangkumi kediaman, pemakaman dan masjid untuk keluarga diraja Dinasti Timurid yang dibina sedari abad ke-11 lagi. Makam pertama yang terdapat di sini dikatakan milik saudara Rasulullah SAW yang datang ke kota ini pada abad ke-7 bagi menyebarkan agama Islam.

  • Menziarahi Bibi-Khanym Mosque yang dianggap sebagai khazanah terpenting di Samarkand dan salah satu masjid yang tercantik di dunia yang dibina pada 1404 sebelum masa bebas untuk membeli-belah cenderamata dan kraftangan tempatan di Siab Bazaar yang terletak berdekatan dengan masjid ini. Mempelajari cara pembuatan roti secara tradisional daripada orang tempatan.

  • Bermalam di Samarkand

HARI 6 : Samarkand - Tashkent

  • Menaiki keretapi dari Samarkand ke Tashkent. Berfoto dan bersiar-siar di Independence Square yang dibina sebagai simbol kemerdekaan Uzbekistan, dimana di dataran ini terdapat beberapa monumen seperti Independence Monument, Happy Mother Monument dan lain-lain.

  • Amir Timur Square: Dataran yang dibina pada 1882 dan di tengahnya terdapat tugu pemerintah agung Timur dan berdekatan sini juga terletaknya Amir Timur Museum yang dibina pada 1996. Melihat keunikan stesen Tashkent Metro yang mana setiap stesen keretapi ini dibina dengan tema yang tersendiri yang gah.

  • Masa bebas untuk membeli-belah barangan kraftangan dan makanan tradisional di Chorsu Bazaar yang terletak di kawasan Old Town Tashkent. Kukaldash Madrasah: Sebuah institusi pendidikan yang dibina pada tahun 1570 sebelum ditukar menjadi caravanserai (hotel) bagi pedagang pada abad ke-18 sebelum ditukar menjadi madrasah semula pada 1990. Hast Imam Square: Menziarahi pusat keagamaan yang terpenting di Uzbekistan ini di mana tetamu berpeluang melihat Al-Quran tulisan tangan terawal berusia 1300 tahun yang dikatakan milik Saidina Uthman Bin Affan yang disimpan rapi di sini.

HARI 7 : Tashkent - Chimgan Mountains - Kuala Lumpur

  • Menikmati pemandangan panorama dan berfoto kawasan pergunungan bertasik Chimgan Mountains yang cukup indah dan paling terkenal di sini.

  • Menaiki chair lift menuju ke puncak Beldersay Peak yang setinggi 3309m dan berfoto di sekitar kawasan tasik Charvak Lake yang terbentuk dari Chirchiq River. Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

HARI 8 : Kuala Lumpur

  • Tiba di KLIA Kuala Lumpur

HARGA PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan kelas ekonoi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan. 

  • Tiket penerbangan domestik Tashkent-Bukhara kelas ekonomi termasuk caj minyak dan cukai penerbangan

  • Tiket keretapi Samarkhand - Tashkent & pas menaiki chair lift di Chimgan Mountains.

  • Penginapan hotel 3 malam bertaraf 3 bintang sepanjang lawatan termasuk cukai bandar

  • Sarapan pagi di hotel, makanan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mebikut aturcara.

  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.

  • Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional.

  • Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran

HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK

  • Kos antigen atau PCR COVID-19 sekiranya disyaratkan oleh negara dilawati.

  • Travel & Covid-19 Insurans - Hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans yang sesuai

  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.

  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.

  • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.

  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.

  • Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.

HOTEL

  • Tashkent  Grand Atlas - 2 malam

  • Bukhara Porso Hotel - 2 malam

  • Samarkand Malika Classic - 2 malam

Berhubung terus dengan team kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

Cik Salina

Tour Consultant Exec

Cik Fizah

Tour Consultant Exec

bottom of page