top of page
5H4M Taiwan + Alishan
Taipei - Taichung - Chiayi - Alishan - Nantou -Yehliu
Bermula
RM3890 / person
Malaysia Airlines | Air Asia X
JADUAL PERJALANAN
HARI 1 : Kuala Lumpur - Taipei - Taichung - Chiayi
-
Berkumpul di KLIA1 untuk menaiki penerbangan ke Taipei.
-
Lawatan di Taichung: Masa bebas untuk bersiar-siar, berfoto dan menikmati pemandangan matahari terbenam di Gaomei Wetlands. Ditambah lagi dengan barisan kincir angin sepanjang kawasan ini menjadikan pemandangan ini adalah spot yang terbaik untuk foto Instagram dan penuh dengan ketenangan. Bermalam di Chiayi.
HARI 2 : Chiayi - Alishan
-
Lawatan di Alishan: Alishan National Scenic Area: Melarikan diri ke kawasan hutan yang mengasyikkan dengan gunungganang diselimuti oleh awan, sambil menaiki keretapi lama yang masih digunakan semenjak zaman pemerintahan Jepun. Juga berpeluang bergambar di pohon Sacred Tree berumur lebih dari 3,000 tahun.
-
Yuyupas Cultural Park: Melawat ke salah satu perkampungan orang asli di Taiwan. Terdapat rumahrumah tradisional mereka dengan jualan teh dan kopi buatan sendiri serta menonton cultural show. Chukou Visitior Centre: Berehat sebentar untuk solat dan menikmati keindahan pokok berwarna merah jambu dan ungu sambil menghirup kopi dengan sedikit bayaran tambahan. Bermalam di Chiayi.
HARI 3 : Chiayi - Nantou - Taipei
-
Lawatan di Nantou: Xiangshang Visitor Centre: Bangunan yang direka bentuk seperti lengan manusia yang memeluk bumi. Di samping itu, tetamu boleh menikmati dan mengambil foto pemandangan indah Sun Moon Lake dari atas kanopi gergasi.
-
Menikmati keindahan Sun Moon Lake dengan menaiki bot persiaran melihat keindahan tasik semulajadi ini yang dikelilingi pergunungan hutan hijau yang berbentuk bulan di satu bahagian dan berbentuk matahari. Satu pengalaman yang menakjubkan untuk berfoto bersama teman.
-
Membeli-belah di Ximending Night Market yang Bermalam di Taipei. terletak di kawasan Ximending Walking District. Pasar malam ini merupakan antara yang terkenal di Taiwan dan terdapat ratusan gerai dan kedai menjual pelbagai barangan.
HARI 4 : Taipei - Yehliu
-
Lawatan di Yehliu: Yehliu Geopark: Kawasan yang terletak di pantai utara Taiwan ini terkenal dengan tarikan formasi batuan yang unik seakan sarang madu lebah dan cendawan, spot yang sempurna untuk foto tetamu melawat Taiwan. Formasi batuan yang paling terkenal di sini ialah Queen’s Head dan Dragon’s Head. Di sini juga terdapat pelbagai jenis spesis burung yang jarang dilihat.
-
​Lawatan di Taipei: • Menyelusuri tarikan yang terdapat di bandar lama Jiufen Old Street yang berinspirasikan seni bina Jepun seperti kedai cenderamata, kedai makanan ringan tradisi dan juga mengambil gambar di viewpoint laut. • Melawat Taiwan Cultural and Creative Arts Center yang memaparkan pelbagai jenis ukiran yang unik dari pelbagai jenis sumber seperti batu jed, kristal dan juga kayu. Bersolat di Taipei Grand Mosque yang merupakan masjid yang tertua di Taiwan yang dibina pada 1948.
HARI 5 : Taipei - Kuala Lumpur​
-
Melawat National Chiang Kai-Shek Memorial Hall yang dibina pada 1980 bagi memperingati jasa mendiang bekas Presiden Taiwan itu dan di dataran Liberty Square sini juga terdapat National Theater dan National Concert Hall.
-
​Shilin Residence Garden: Lawatan ke taman yang mempunyai pelbagai bentuk unik untuk bergambar disini. •Pelajari cara pembuatan kek tradisional di DIY Pineapple Cake. Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Tiba di KLIA.
HARGA PAKEJ TERMASUK
-
Tiket penerbangan kelas ekonoi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
-
Penginapan hotel 3 malam bertaraf 3 bintang sepanjang lawatan termasuk cukai bandar
-
Sarapan pagi di hotel, makanan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mebikut aturcara.
-
Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
-
Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional.
-
Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran
HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK
-
Kos antigen atau PCR COVID-19 sekiranya disyaratkan oleh negara dilawati.
-
Travel & Covid-19 Insurans - Hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans yang sesuai
-
Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
-
Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
-
Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
-
Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
-
Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
HOTEL
-
CHIAYI - Renyi Lake Hotel - 2 malam
-
TAIPEI - Delight Hotel 2 Mlm
PENERBANGAN
-
MALAYSIA AIRLINES
-
HARI 1 MH 366 ETD 0920 - KUL / TPE ETA 1410
-
HARI 5 MH 367 ETD 1515 - TPE / KUL ETA 2035
-
AIR ASIA X
-
HARI 1 D7 378 ETD 0935 - KUL / TPE ETA 1425
-
HARI 5 D7 379 ETD 1535 - TPE / KUL ETA 2020
Berhubung terus dengan team kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.
Cik Salina
Tour Consultant Exec
Cik Fizah
Tour Consultant Exec
bottom of page