top of page

5H4M JIUZHAIGOU VALLEYS + GIANT PANDA + CHENGDU

Chengdu - Jiuzhaigou - Muni Valley - Mao County

Bermula 

RM4040 / person

Batik Airlines

Image by Pascal Müller

JADUAL PERJALANAN

HARI 1 : Kuala Lumpur - Chengdu
Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Chengdu. Bermalam di Chengdu.

HARI 2 : Chengdu - Jiuzhaigou

  • Lawatan di Chengdu: Mingjiang River: Sebuah sungai yang indah dengan pemandangan dan juga kejernihan airnya serta dikelilingi oleh gunung-gunung setinggi awan. Ia merupakan kawasan burung-burung berhijrah dari serata dunia, dengan lebih dari 50,000 burung tinggal disini. Terdapat lebih dari 219 spesis burung disini dan 28 darinya adalah dari spesis burung yang terancam. Ia juga tersenarai sebagai Unesco Natural Largest Independent Water.

  • Diexi Lake: Sebuah empangan yang tercipta dari sebuah tragedi, dimana gempa bumi pada tahun 1933 telah menenggelamkan perkampungan Diexi. Kini dapat dilihat kesan peninggalan di sini seperti menara tinjau, kuil, patung singa dan lukisan mural yang dapat dilihat dari sekitar tebing gunung.

  • Songzhou Ancient Town: Di bina pada Dinasti Ming, ia pernah menjadi hab perdagangan satu masa dahulu. Kini, bangunan-bangunan kuno masih dapat dilihat, dimana ia terbahagi antara dalaman dan luaran bandar yang dipisah oleh 7 pintu gerbang\

  • Ganhaizi - Dikenali sebagai Fangcao Lake, merupakan sebuah danau di kawasan gunung terletak pada ketinggian 2,200m. Tetamu akan disaji dengan pemandangan tasik dan sungai sejernih kristal dan gunung ganang. Bermalam di Jiuzhaigou.

HARI 3 : Jiuzhaigou

  • Jiuzhaigou Valley Scenic: Sebuah rizab alam yang terkenal terletak di Wilayah Sichuan, dengan keindahan alam semulajadi yang memukau, menampilkan tasik-tasik yang jernih, air terjun yang berwarna-warni, puncak gunung bersalji, dan hutan yang subur. Ia terbahagi kepada beberapa bahagian seperti di Shuzheng Valley terdapat Nuorilang Waterfall dan Shuzeng Lakes, Rize Valley dimana Mirror Lake, Pearl Waterfall dan Five Flower Lake berada dan Zezawa Valley, pelancong dapat menyaksikan Long Lake, Colorful Pool dan Seasons Lake. Ia juga tersenarai sebagai Unesco World Heritage Site. Bermalam di Jiuzhaigou.

HARI 4 : Jiuzhaigou - Muni Valley - Mao County

  • Muni Valley: Terletak pada ketinggian 2,800m, ia menyediakan lebih dari 100 tasik dan kolam air panas dengan pemandangan paling mengasyikkan di Zhaga Waterfall, merupakan sebuah air terjun travertin terbesar di dunia dengan ketinggian 104 meter dan lebar 35,4 meter. Terdapat danau di hulu dan serangkaian aliran sungai seperti teras di hilir di mana airnya jatuh melalui tiga tingkat tangga, menghasilkan percikan air yang besar. • • Bermalam di Mao County.

HARI 5 : Mou County - Chengdu

  • Lawatan di Mou County: Melawat ke China Giant Panda Garden: Sebuah pengalaman unik melihat dan mempelajari tentang panda gergasi. Disini tetamu dapat gambaran lanjut tentang usaha pemuliharaan panda gergasi. 

  • Imperial City Mosque: Dibina pada tahun 1858, ia menggabungkan senibina Arab, dinasti Ming dan Qing. Terdapat pintu gerbang, perpustakaan dan ruang solat. Pada pintu gerbang kedua, tergantung karekter tulisan cina yang bermaksud agama paling tua, yang telah dibuat ketika Dinasti Qing. Kini, masjid ini menjadi ibupejabat kepada persatuan Islam di daerah Sinchuan.

  • Wide and Narrow Lane: Merupakan dua batang jalan yang digabungkan senibinanya dari dinasti Ming (1368-1644) dan Qing (1644-1911), dimana senibina kuno bergabung dengan senibina moden. Disini terdapat boutique hotel, kedai menjual kudapan, kedai teh tradisional, rumah tumpangan serta pusat spa disepanjang jalan ini. Bermalam di Chengdu.

​

HARI 6 : Chengdu - Kuala Lumpur

  • Lawatan di Chengdu: Manhua Manor: Sebuah taman yang dipenuhi jutaan bunga mengikut musim. Ia seperti berada di negara Eropah dengan pelbagai jenis bunga yang ditanam di sini. Dari bunga cherry blossom, hingga ke bunga ros boleh didapati disini. Wide and Narrow Lane: Merupakan dua batang jalan yang digabungkan senibinanya dari dinasti Ming (1368-1644) dan Qing (1644-1911), dimana senibina kuno bergabung dengan senibina moden. Disini terdapat boutique hotel, kedai menjual kudapan, kedai teh tradisional, rumah tumpangan serta pusat spa disepanjang jalan ini.

  • Scenic Imperial City Mosque: Dibina pada tahun 1858, ia menggabungkan senibina Arab, dinasti Ming dan Qing. Terdapat pintu gerbang, perpustakaan dan ruang solat. Pada pintu gerbang kedua, tergantung karekter tulisan cina yang bermaksud agama paling tua, yang telah dibuat ketika Dinasti Qing. Kini, masjid ini menjadi ibupejabat kepada persatuan Islam di daerah Sinchuan. Imperial City Mosque Tangjiasi Ancient Mosque: Dibina pada tahun keenam Dinasti Qing. Ia merangkumi kawasan seluas 1,400 meter persegi. Ia mempunyai struktur bata dan kayu, dengan genting hijau dan hiasan berlapis di atas bumbung. Terdapat dua naga sepanjang 1 meter di sebelah kiri dan kanan yang antik. Jinli One Street: Dikenali sebagai jalan pertama kerajaan Shu, ia telah direkodkan seawal 221 sebelum masihi dan merupakan kawasan komersil yang sangat sibuk suatu ketika dahulu. Kini, pengujung datang ke sini untuk bersantai sambil melihat tinggalan sejarah yang terdapat pada bangunan tradisional sekitar kawasan ini. Menaiki penerbangan pagi pulang ke Kuala Lumpur.

​

HARI 6 : Kuala Lumpur

  • Tiba di Kuala Lumpur

HARGA PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan kelas ekonoi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan. 

  • Penginapan hotel 4 malam bertaraf 4 bintang sepanjang lawatan termasuk cukai bandar

  • Sarapan pagi di hotel, makanan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mebikut aturcara.

  • Tiket masuk ke tempat lawatan seperti yang dinyatakan

  • Perkhidmatan tour leader dan tour guide yang terlatih professional.

  • Tip untuk tour leader, tour guide dan pemandu bas persiaran.

HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK

  • Kos antigen atau PCR COVID-19 sekiranya disyaratkan oleh negara dilawati.

  • Travel & Covid-19 Insurans - Hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans yang sesuai

  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.

  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.

  • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.

  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.

  • Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.

HOTEL

  • Chengdu - Holiday Inn Express 2 Mlm

  • Jiuzhaigou - San Royal International Hotel 2 mlm

  • Mao County Xiqiangjiayuan Hotel 1 Mlm

Berhubung terus dengan team kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

Cik Salina

Tour Consultant Exec

Cik Fizah

Tour Consultant Exec

bottom of page