top of page
pakej sabah
pakej series departure vietnam 2025 2026

CHINA

SERIES DEPARTURE 2026

VIETNAM

5H4M DALAT + MUINE + HO CHI MINH

(Full board package)

Bermula 

From RM 1790 / per person

PAKEJ PERCUTIAN VIETNAM 2026
PAKEJ PERCUTIAN VIETNAM 2026
PAKEJ PERCUTIAN VIETNAM 2026

 ITINERARY

DAY 1 - KUALA LUMPUR - HO CHI MINH - DALAT (L,D)

  • Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Ho Chi Minh dan bertolak ke Dalat.

  • Tiba di Dalat

  • Membeli belah di Dalat Night Market yang terkenal di Dalat. Pasar malam ini dipenuhi dengan gerai berwarna-wami yang menjual pelbagai makanan ringan tempatan, buahan segar, pakaian dan cenderahati. Bermalam di Dalat.

DAY 2 - DALAT (B,L,D)

  • Lawatan di Dalat:

  • Clay Tunnel: Dibina pada tahun 2010, terowong ini dipenuhi dengan ukiran struktur binaan menggunakan tanah liat. Peserta boleh melihat pelbagai ukiran unik seperti bentuk haiwan, kapal terbang, keretapi dan lain-lain.

  • Mongoland: Taman bertemakan suasana Mongol ini dipenuhi dengan taman bunga, tasik dan miniatur yang mempunyai sudut yang menarik untuk bergambar. Anda boleh berinteraksi dengan haiwan peliharaan yang jinak di sini.

  • Datanla Waterfall: Rasai pengalaman menarik dengan menaiki kereta kabel untuk sampai ke air terjun. Sambil berehat melihat keindahan air terjun, peserta juga boleh menikmati kopi segar di cafe berhampiran.

  • Crazy House: Bangunan ini dicipta oleh seorang artis Vietnam berumur 79 tahun. Rumah gergasi ini menggabungkan konsep rumah dengan struktur pokok, dahan gergasi dan alam semulajadi seperti haiwan, cendawan, sarang labah-labah dan gua.

  • Dalat Flower Garden: Taman bunga ini mempunyai keluasan 7000 meter persegi dan mempunyai lebih 300 spesis bunga hidup yang sangat cantik, menjadi destinasi wajib untuk mereka yang bercuti ke Dalat.

  • Amiee Dalat : Membeli belah di sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis pakaian Muslimah seperti telekung, tudung, dan pakaian harian Bermalam di Dalat

DAY 3 - DALAT - MUINE - HO CHI MINH (B,L,D)

  • Lawatan di Muine:

  • Mui Ne Sand Dunes: Tempat ini menjadi tarikan pelancong untuk bersantai dan menikmati pengalaman menaiki jeep atas pasir. Padang pasir ini memiliki dua kawasan terdiri daripada Bukit Pasir Merah dan Bukit      Pasir Putih. Bukit Pasir Merah terkenal dengan pasir berwarna merah oren, menghasilkan landskap yang menyerupai padang pasir, manakala Bukit Pasir Putih pula lebih besar dan agak jauh dari bandar Mui Ne.

  • Pulang ke Ho Chi Minh dan melalui kawasan Fisherman Village. Tempat ini merupakan kawasan persisiran laut yang menjual pelbagai jenis ikan dan hidupan laut yang lain.

  • Bamboo Shop: Kedai seni yang memfokuskan pada produk kraftangan dari buluh dan kelapa seperti cawan, lampu, dan hiasan rumah. Bermalam di Ho Chi Minh.

DAY 4 - HO CHI MINH (B)

  • Tetamu bebas melakukan aktiviti sendiri seperti membeli-belah di pasar Ben Thanh Market dan kawasan sekitar.

  • Lawatan tambahan: Sungai Mekong : RM 120 pp

  • Termasuk transport, tour guide, air mineral, lunch, boat, sampan, teh madu,buah-buahan

  • Tidak termasuk tipping naik sampan. Bermalam di Ho Chi Minh

DAY 5 - HO CHI MINH - KUALALUMPUR (B)

  • Membeli belah saat akhir di sekitar kawasan Ben Thanh Market. Disini juga terdapat jalan yang dikenali sebagai Malaysian Street yang menjadi tumpuan pelancong Malaysia. Jalan ini menjual pelbagai baju, kain, telekung, kain dan lain-lain. Selain itu, di jalan ini juga terdapat banyak restoran menjual makanan yang dijamin halal. Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.

PACKAGE INCLUDED

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak & cukai penerbangan

  • Penginapan hotel bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar.

  • Sarapan pagi i hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut acara

  • Tiket masuk ke tempat lawatn seperti yang dinyatakan dan lawatan menaiki helikopter

  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa

  • Perkhidamatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang profesional

  • Tip pemandu pelancong dan pemandu beas persiaran

PACKAGE EXCLUSION

  • Optional tour Sungai Mekong RM120                          

  • Surcaj tambahan ketika wakyu perayaan, puncak dan cuti sekolah​

  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter

  • Makan minum, tiket masuk lawatan selain dari yang dinyatakan

  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan

  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan aturcara dan pakej termasuk

DEPARTURE DATES :

  • 4 APRIL 2026 TILL 23 SEPTEMBER 2026

4H3M Da Nang + Hoi An + Ba Na Hills

(Full board package)

Bermula 

From RM 2190 / per person

pakej danang vietnam 2026
pakej danang vietnam 2026
pakej danang vietnam 2026

 ITINERARY

DAY 1 - KUALA LUMPUR - DANANG (L,D)

  • Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Da Nang. Lawatan di Da Nang:

  • Mengambil peluang bergambar di Jambatan Naga (Dragon Bridge), ikon terkenal Bandar Da Nang. Jambatan ini menampilkan reka bentuk naga yang melambangkan kemewahan dan kekuatan dalam budaya Vietnam. Pada waktu malam, struktur ini disinari oleh ribuan lampu LED berwarna- warni yang mencipta pemandangan yang amat memukau.

  • Meneroka dan merakam momen di Dragon Carp, arca unik hasil ukiran 30 tukang seni dari Non Nuoc. Dengan reka bentuk yang menyerupai Merlion di Singapura, air pancut ini menjadi simbol daya tarikan moden di tepi Sungai Da Nang.

  • Berfoto di Love Lock Bridge yang diinspirasikan dari jambatan padlock terkenal dunia iaitu Pont des Arts di Paris, Hohenzollern di Jerman dan Milvio di Itali. Bermalam di Da Nang. Makan tengah hari akan disediakan sekiranya ketibaan penerbangan adalah sebelum jam 12.00 tengah hari.

DAY 2 - DA NANG - BA NA HILLS - DA NANG (B,L,D)

  • Lawatan di Ba Na Hills:

  • Melawat ke Ba Na Hills yang mula dibuka oleh penjajah Perancis pada tahun 1919, kemudian dijadikan sebagai tempat persinggahan dan tempat rehat mereka pada hujung minggu. Ba Na Hills ini mempunyai ketinggian 1500-meter dari aras laut, menjadikan suhunya sederhana sejuk sepanjang tahun.

  • Para peserta akan menaiki kereta kabel selama kira-kira 15 hingga 20 minit untuk menuju ke puncak Ba Na Hills. Di sini, peserta berpeluang menerokai pelbagai tarikan menarik termasuk taman tema yang penuh dengan elemen fantasi dan seni bina Eropah yang menakjubkan seperti:

  • Golden Bridge: Jambatan emas yang diangkat oleh tangan batu gergasi. Saksikan panorama indah sambil merasai pengalaman luar biasa di salah satu tarikan pelancongan paling popular di Vietnam

  • Le Jardin D'amour (Paradise Garden): Taman bunga Le Jardin D’Amour mempunyai keluasan 21,000 meter persegi dan mempunyai lebih 1000 spesis pokok hidup. Taman bunga gaya Perancis sentiasa menjadi tempat tarikan pelancong terutamanya pencinta alam semula jadi.

  • Da Nang French Village: Langkahkan kaki ke dunia lain di Da Nang French Village — sebuah replika menawan yang membawa anda merasai pengalaman berjalan-jalan di Perancis zaman klasik. Dari hotel yang cantik, kafe hingga kedai makan penuh gaya, semua bangunan direka dengan seni bina klasik yang memukau dan penuh pesona.

  • Fantasy Park: Taman tema Indoor ini terbahagi kepada tiga tingkat, di mana aras satu menempatkan Thrill Zone, aras dua Spirit of Adventure, dan aras tiga Mystery World, masing-masing menawarkan pengalaman yang berbeza dan menarik. Para peserta berpeluang mencuba pelbagai permainan seperti Roller Coaster, 360 Ferris Wheel, Rock Climbing, dan banyak lagi.

  • Bamboo Shop, pelancong dapat melihat pelbagai produk yang diperbuat daripada buluh seperti perabot, peralatan dapur dan cenderamata. Kedai ini memperkenalkan budaya tempatan serta gaya hidup mesra alam yang diamalkan oleh masyarakat Vietnam. Bermalam di Da Nang

DAY 3 - DANANG - HOI AN - DANANG (B,L,D)

  • Lawatan di Hoi An:

  • Bertolak ke Hoi An dan singgah di Non Nuoc Stone Village. Masyarakat di perkampungan ini berkemahiran mengukir kraftangan dengan menggunakan batu marmar dan batu-batu yang lain.

  • Peserta akan menaiki sampan bulat yang dipanggil sebagai Basket Boat melalui laluan sungai di sepanjang Bay Mau Coconut Forest yang berusia lebih lebih dari 200 tahun. Rasai pengalaman melihat persembahan menarik seperti “Basket Dance”, demonstrasi menangkap ikan menggunakan jala besar dan lain-lain. Peserta digalakkan memberi tip kepada pengemudi Basket Boat.

  • Melawat Old Quarter Hoi An. Kebanyakan bangunan dan rumah di sini adalah struktur reka bentuk tradisional sejak abad ke-17. Bandar bersejarah yang terletak di wilayah Quang Nam ini pernah menjadi tempat perdagangan terbesar Asia Tenggara pada abad ke-17. • Jewellery Shop menjual pelbagai barangan kemas seperti emas, perak dan batu permata. Lawatan ini bertujuan untuk mempamerkan hasil pertukangan tangan Vietnam.

  • Masa bebas untuk membeli belah di Da Nang Market. Peserta boleh membeli pelbagai jenis barangan unik seperti pakaian, kraftangan tempatan dan cenderahati dengan harga yang berpatutan.

  • Masa bebas bersiar-siar di My Khe Beach. Sambil anda mendengar bunyi ombak yang menenangkan minda, anda juga boleh merendam kaki di air pantai, bermain pasir dan melihat matahari terbenam. Bermalam di Da Nang.

DAY 4 - DA NANG - KUALA LUMPUR (B)

  • Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang

PACKAGE INCLUDED

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak & cukai penerbangan

  • Penginapan hotel bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar.

  • Sarapan pagi hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut acara

  • Tiket lawatan Bana Hilss (Cable car, Golden Bridge dan Theme Park)

  • Menaiki sampan Basket Boat di Hoi An

  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa

  • Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional

  • Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran

  • Compulsary shop : Jewellary Shop & Bamboo shop

PACKAGE EXCLUSION                     

  • Surcaj tambahan ketika wakyu perayaan, puncak dan cuti sekolah​

  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter

  • Makan minum, tiket masuk lawatan selain dari yang dinyatakan

  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan

  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan aturcara dan pakej termasuk

DEPARTURE DATES :

  • 29 march 2026 till 27 September 2026

5H4M Hanoi + Sapa + Mount Fansipan

(Full board package)

Bermula 

From RM 2490 / per person

pakej vietnam 2025 2026
pakej vietnam 2025 2026
pakej vietnam 2025 2026

 ITINERARY

DAY 1 - KUALA LUMPUR - HANOI (D)

  • Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Hanoi. Tiba di Hanoi:Menikmati panorama pusat bandar Hanoi yang bersejarah iaitu Opera House, Hoan Kiem Lake, The Huc Bridge dan O Quan Chuong Gate.

  • Old Quarter (36 Ancient Streets): Jalan bersejarah yang menjual pelbagai kraftangan tempatan. Setiap jalan di sini menjual produk unik yang berbeza dengan kedai dari jalan yang lain.

  • Membeli belah di Dong Xuan Colorful Market: Ditubuhkan sejak tahun 1889, bangunan dengan gaya seni bina Soviet ini juga adalah pasar tertutup yang terbesar di Hanoi. Antara barangan lain yang dijual di sini

  • adalah buah-buahan segar, aksesori, pakaian, barangan elektronik dan perkakasan rumah.

  • Bersolat di Al-Noor Mosque Hanoi yang merupakan satu-satunya masjid yang ada di Hanoi. Bermalam di Hanoi.

DAY 2 - HANOI - SAPA (B,L,D)

  • Bertolak ke Sapa. Lawatan di Sapa:

  • Aktiviti Tambahan: Alpine Coaster Sapa: Pengalaman meluncur di lorong gunung dengan pemandangan alam semula jadi di Sapa. • Rainbow Slide: Gelongsor berwarna-warni yang menyeronokkan berlatarbelakangkan pemandangan pergunungan.

  • Moana Cafe Sapa yang menyediakan pemandangan gunung yang indah serta menjadi kawasan terkenal untuk mendapatkan fotografi terbaik di sini. Masa bebas untuk berfoto di Sapa Square dan Sun Plaza. Bermalam di Sapa.

DAY 3 - SUN WORLD FANSIPAN MT FANSIPAN  -CAT CAT VILLAGE (B,L,D)

  • Melawat ke gunung terkenal Vietnam iaitu Mt. Fansipan.

  • . Fansipan berketinggian 3,143 meter, puncak tertinggi Indochina ini boleh ditakluk dalam masa 10 – 12 jam oleh para pendaki gunung yang handal. Di sini juga anda dapat menikmati keajaiban flora dengan lebih daripada 1,600 spesis tumbuhan yang unik.

  • Peserta akan menaiki kereta kabel dua hala dalam perjalanan selama 15 minit, kemudian menaiki keretapi untuk sampai ke puncak Mt.Fansipan.

  • Melawat ke Cat Cat Village. Perkampungan tradisional ini wujud sejak abad ke-19 semasa ramai keluarga berketurunan Hmong dan Red Dao berpindah ke utara Vietnam. Anda juga dapat menemui beberapa rumah terbuka yang digelar sebagai rumah pameran yang mempamerkan peninggalan budaya yang penting buat etnik-etnik tempatan di Cat Cat.

  • Teruskan perjalanan untuk melihat keindahan Cat Cat Waterfall. Penutupan Cable Car dan Train Funikular Nov - Jan 2026 Sun World Fansipan Legend Cable Car akan menutup sementara operasi sistem kereta kabel dan kereta api funikular bagi tujuan penyelenggaraan serta penambahbaikan perkhidmatan dan pengalaman pengunjung dan akan digantikan dengan lawatan di bawah:

  • Glass Bridge Sapa iaitu jambatan kaca yang unik terletak di puncak Gunung O Quy Ho. Pengjung boleh merasai pengalaman berjalan di atas lantai kaca yang jernih ini sambil menikmati pemandangan gunung dan lembah yang menakjubkan, seolah-olah berjalan di awan. *Tarikh penutupan tertakluk kepada Sun World Fansipan

DAY 4 - SAPA - HANOI  (B)

  • Bertolak ke Hanoi.

  • Membeli belah di Old Quarter yang terletak di Ta Hien Street. Bermalam di Hanoi.

DAY 5 - HANOI - KUALA LUMPUR  (B)

  • BBertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang

PACKAGE INCLUDED

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak & cukai penerbangan

  • Penginapan hotel bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar.

  • Sarapan pagi i hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut acara

  • Kereta kabel dua hala dan keretapi 1 hala ke puncak Fansipan

  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa

  • Perkhidamatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang profesional

  • Tip pemandu pelancong dan pemandu beas persiaran

PACKAGE EXCLUSION                        

  • Surcaj tambahan ketika wakyu perayaan, puncak dan cuti sekolah​

  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter

  • Makan minum, tiket masuk lawatan selain dari yang dinyatakan

  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan

  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan aturcara dan pakej termasuk

DEPARTURE DATES :

  • 13 Mei 2026 till 10 September 2026

4H3M Phu Quoc

(Full board package)

Bermula 

From RM 2690 / per person

pakej vietnam 2025 2026
pakej vietnam 2025 2026
pakej vietnam 2025 2026

 ITINERARY

DAY 1 - KUALA LUMPUR - PHU QUOC (L,D)

  • Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Phu Quoc.Lawatan di Phu Quoc:

  • Bertolak ke Bamboo Shop yang merupakan kedai seni yang memfokuskan pada produk kraftangan dari buluh dan kelapa seperti cawan, lampu, dan hiasan rumah.

  • Menerokai Kebun Lada Hitam yang luas terbentang di Phu Quoc sambil menikmati pemandangan hijau yang menyegarkan dan membeli lada segar sebagai buah tangan.

  • Masa bebas untuk membeli-belah di pasar malam. Bermalam di Phu Quoc

DAY 2 - PHU QUOC - VIN WONDERS - VIN SAFARI -GRAND WORLD (B,L,D)

  • Bertolak ke Vin Safari & Vin Wonder

  • Bertolak ke Vin Safari taman safari yang terletak di Phu Quoc, Vietnam, dan merupakan sebahagian daripada kompleks Vinpearl. Taman ini menampilkan pelbagai jenis haiwan dari seluruh dunia dalam persekitaran yang menyerupai habitat semula jadi mereka untuk menonton persembahan haiwan dan melawat zoo.

  • Bertolak ke Vin Wonder taman tema besar yang menawarkan pelbagai tarikan dan hiburan untuk pengunjung dari semua peringkat umur. Disini terdapat pelbagai permainan dan tarikan yang menarik, termasuk roller coaster, pertunjukan ikan duyung live show, dan permainan air.

  • Bertolak ke Grand World, iaitu destinasi yang menakjubkan dengan tarikan seperti Venice, Shanghai Lantern Street, Clarke Quay Light Dome, Teddy Bear Museum, dan Bamboo House yang dihiasi dengan 42,000 pokok buluh, menawarkan pengalaman yang unik dan menarik kepada pengunjung.Bermalam di Phu Quoc.

DAY 3 - PHU QUOC - PULAU HON TOM (B,L,D)

  • Lawatan di Pulau Hon Thom: Bertolak ke Pulau Hon Thom.

  • Pearl Farm: Terkenal dengan menjual pelbagai jenis perhiasan berasaskan mutiara yang ditawarkan dalam rekaan klasik mahupun moden dan pengunjung juga dapat mempelajari secara langsung proses penghasilan mutiara.

  • Menaiki Cable Car ataupun Sun World Hon Thom Cable Car, adalah salah satu kabel terpanjang di dunia yang merentasi laut. la menghubungkan Phu Quoc dengan Pulau Hon Thom dan menawarkan pemandangan indah laut biru dan pulau-pulau tropika di sekitarnya.

  • Melawat Aquatopia Water Park taman air bertema yang terletak di Pulau Hon Thom, Vietnam. la menampilkan pelbagai gelongsor air, kolam ombak, dan tarikan air yang sesuai untuk pengunjung dari semua peringkat umur.

  • Melawat dan mengambil gambar di Kiss Bridge jambatan ikonik di Grand World Phu Quoc, Vietnam, yang direka dengan bentuk unik menyerupai dua struktur yang hampir bersentuhan, seakan-akan dua individu hendak bercium.

  • Melawat Roman Square iaitu kawasan yang direka dengan inspirasi dari seni bina Rom kuno. Dikelilingi oleh bangunan-bangunan klasik dan patung-patung yang elegan, dataran ini memberikan suasana Eropah yang mewah dan bersejarah.

  • Masa bebas untuk menyaksikan bunga api dan persembahan muzik air.Bermalam di Sunset Town.

DAY 4 - PHU QUOC - KUALA LUMPUR   (B)

  • Masa bebas untuk membeli-belah saat akhir di sekitar bandar Phu Quoc.Pulang ke hotel untuk daftar keluar. Bertolak ke airport untuk meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

PACKAGE INCLUDED

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak & cukai penerbangan

  • Penginapan hotel bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar.

  • Sarapan pagi i hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut acara

  • Tiket masuk ke tempat lawatn seperti yang dinyatakan dan lawatan menaiki helikopter

  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa

  • Perkhidamatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang profesional

  • Tip pemandu pelancong dan pemandu beas persiaran

PACKAGE EXCLUSION                        

  • Surcaj tambahan ketika wakyu perayaan, puncak dan cuti sekolah​

  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter

  • Makan minum, tiket masuk lawatan selain dari yang dinyatakan

  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan

  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan aturcara dan pakej termasuk

DEPARTURE DATES :

  • 7 April 2026 till 8 June 2026

5H4M Hanoi + Sapa + Mount Fansipan + Halong Bay

(Full board package)

Bermula 

From RM 2790 / per person

pakej vietnam 2025 2026
pakej vietnam 2025 2026
pakej vietnam 2025 2026

 ITINERARY

DAY 1 - KUALA LUMPUR - HANOI - SAPA (D)

  • Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Hanoi. Tiba di Hanoi dan meneruskan perjalanan ke Sapa. Sebuah bandar kecil yang terletak di kawasan pergunungan barat laut Vietnam. Bermalam di Sapa

DAY 2 - SAPA - CAT CAT VILLAGE - Y LINH HO (B,L,D)

  • Lawatan di Sapa:

  • Melawat ke Cat Cat Village. Perkampungan tradisional ini wujud sejak abad ke-19 semasa ramai keluarga berketurunan Hmong dan Red Dao berpindah ke utara Vietnam. Anda juga dapat menemui beberapa rumah terbuka yang digelar sebagai rumah pameran yang mempamerkan peninggalan budaya yang penting buat etnik-etnik tempatan di Cat Cat.

  • Teruskan perjalanan untuk melihat keindahan Cat Cat Waterfall.

  • Bertolak ke Y Linh Ho Village, perkampungan kecil etnik Black H’mong, terletak di lembah yang dikelilingi sawah padi bertingkat-tingkat. Bermalam di Sapa.

DAY 3 - MT FANSIPAN - HANOI (B,L,D)

  • Melawat ke gunung terkenal Vietnam iaitu Mt. Fansipan. • Mt. Fansipan berketinggian 3,143 meter, puncak tertinggi Indochina ini boleh ditakluk dalam masa 10 - 12 jam oleh para pendaki gunung yang handal. Di sini juga anda dapat menikmati keajaiban flora dengan lebih daripada 1,600 spesis tumbuhan yang unik.

  • Peserta akan menaiki kereta kabel dua hala dalam perjalanan selama 15 minit, kemudian menaiki keretapi sehala untuk sampai ke puncak Mt. Fansipan.

  • Pulang ke Hanoi dan singgah di Jambatan Long Bien – jambatan ikonik dari era Perancis yang merentasi Sungai Merah. Anda juga dapat melihat Hanoi Ceramic Mosaic Wall, hasil seni sepanjang 4 km yang memaparkan kisah dan budaya Vietnam. Bermalam di Hanoi.

DAY 4 - HANOI - HALONG BAY - HANOI   (B,L,D)

  • Bertolak ke Halong Town. Sepanjang perjalanan anda dapat melihat suasana kampung-kampung Vietnam Utara dengan sawah padi luas terbentang.

  • Menaiki bot untuk lawatan separuh hari di Halong Bay, sebuah destinasi Warisan Dunia UNESCO (1994): Bertolak ke Halong town. Sepanjang perjalanan anda dapat melihat suasana sawah padi yang luas terbentang di kampung kampung Vietnam Utara. Lawatan di Halong Bay: • Lawatan separuh hari, menaiki bot di Halong Bay, sebuah destinasi Wasisan Dunia UNESCO (1994)

  • Nikmati keindahan lebih 1,600 pulau batu kapur yang seolah-olah terapung di laut hijau kebiruan.

  • Melihat Paradise Grotto, gua batu kapur yang menakjubkan dengan pembentukan stalaktit dan stalagmit.

  • Singgah di Fisherman Village, kampung nelayan terapung yang unik.

  • Bergambar di Chicken-Kissing Rock, formasi batu ikonik Halong Bay.

  • Nikmati kopi Vietnam di atas bot sambil menikmati panorama Halong Bay. Bermalam di Hanoi.

DAY 5 - HANOI - KUALA LUMPUR   (B)

  • Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang

PACKAGE INCLUDED

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak & cukai penerbangan

  • Penginapan hotel bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar.

  • Sarapan pagi i hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut acara

  • Kereta kabel (2 hala) dan keretapi (1 hala) ke puncak Fansipan

  • Tiket bot Halong Bay

  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa

  • Perkhidamatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang profesional

  • Tip pemandu pelancong dan pemandu beas persiaran

PACKAGE EXCLUSION                        

  • Surcaj tambahan ketika wakyu perayaan, puncak dan cuti sekolah​

  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter

  • Makan minum, tiket masuk lawatan selain dari yang dinyatakan

  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan

  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan aturcara dan pakej termasuk

DEPARTURE DATES :

  • 2 Mei 2026 till 10 September 2026

KAMI BERSEDIA MEMBANTU ANDA

Percutian anda bermula dengan pilihan yang tepat. Hubungi kami hari ini dan biarkan kami bantu anda merancang perjalanan yang penuh makna dan memori indah

Cik Salina
Tour Consultant Exec

Cik Fizah
Tour Consultant Exec

Travel Agency
pakej cruise,  cruise tour, genting dream cruise package

At Media travel , we believe you should travel the world, your way. As one of Malaysia’s best travel agencies, we co-create personalized, tailor-made experiences for discerning travelers who seek one-of-a-kind holidays and business trips. Explore our unique offerings, and start making your travel plans a reality.

LET'S CONNECT :

8-1-4 Menara Mutiara Bangsar, Jalan liku off jalan Riong,
59100 Kuala Lumpur.

Copyright © 2024 Media Travel and Holidays Sdn. Bhd (781128-D) (KPL5549)

bottom of page