top of page

5H4M Da Nang + Hoi An + Ba Na Hills

Ho Chi Minh - Mekong Delta - Ho Chi Minh

Bermula 

RM1890 / person

Batik Air

Image by Andreea Popa

JADUAL PERJALANAN

HARI 1 : Kuala Lumpur - Da Nang

  • Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Da Nang. 

  • Lawatan di Da Nang:Bergambar di Dragon Bridge yang merupakan ikon bandar Da Nang. Reka bentuk Naga pada jambatan ini dianggap simbol kemewahan dalam budaya Vietnam. Pada waktu malam, jambatan ini disinari oleh ribuan lampu LED yang sangat menakjubkan.

  • Bergambar di air pancut Dragon Carp yang dibina oleh 30 pengukir dari Non Nuoc. Air pancut ini mirip dengan Merlion yang terkenal di Singapura. Berfoto di Love Lock Bridge yang diinspirasikan dari jambatan padlock terkenal dunia iaitu Pond des Arts di Paris, Hohenzollern di Jerman dan Milvio di Ilati. Bermalam di Da Nang.


HARI 2 : Da Nang - Ba Na Hills - Da Nang

  • Lawatan di Ba Na Hills: Melawat ke Ba Na Hills yang mula dibuka oleh penjajah Perancis pada tahun 1919, kemudian dijadikan sebagai tempat persinggahan dan tempat rehat mereka pada hujung minggu. Ba Na Hills ini mempunyai ketinggian 1500-meter dari aras laut, menjadikan suhunya sederhana sejuk sepanjang tahun.

  • Peserta akan menaiki kereta kabel perjalanan selama 15-20 minit untuk sampai ke puncak Ba Na Hills. Le Jardin D'amour (Paradise Garden): Taman bunga Le Jardin D’Amourr mempunyai keluasan 21,000 meter persegi dan mempunyai lebih 1000 spesis pokok hidup. Taman bunga gaya Perancis sentiasa menjadi tempat tarikan pelancong terutamanya pencinta alam semula jadi.

  • Da Nang French Village: Perkampungan Perancis ini merupakan replika seakan-akan seperti zaman Perancis klasik. Semua senibina seperti hotel, cafe, kedai makan, dan bangunan-bangunan lain semuanya bertemakan rekaan zaman Perancis Klasik. Wax Museum: Muzium unik yang tersimpan 50 unit patung lilin yang menyerupai rupa paras ahli politik, atlet, dan artis terkenal di seluruh dunia.

  • Fantasy Park: Taman tema indoor in terbahagikan kepada tiga tingkat, dimana aras satu merupakan lokasi Thrill Zone, aras kedua Spirit of Adventure dan tiga ialah Mystery World yang memberikan pengalaman berbeza di setiap tingkat. Peserta boleh bermain pelbagai jenis permainan yang menarik seperti Roller Coaster, 360 Ferris Wheels, Rock Climbing dan lain-lain

HARI 3 : Da Nang - Hoi An - Da Nang

  • Lawatan di Hoi An: Melawat Hoi An City, bandar bersejarah yang terletak di wilayah Quang Nam ini pernah menjadi tempat perdagangan terbesar Asia Tenggara pada abad ke 16 dan 17. Peserta akan menaiki sampan bulat yang dipanggil sebagai Basket Boat. Asalnya masyarakat Cham mereka bot ini untuk aktiviti menangkap ikan di air cetek, bentuk bulat bot ini memudahkan pergerakkan nelayan dan mengumpulkan ikan dari jaring mereka.

  • Melalui laluan sungai di sepanjang Bay Mau Coconut Forest yang berusia lebih lebih dari 200 tahun. Rasai pengalaman melihat persembahan menarik seperti “Basket Dance”, demonstrasi menangkap ikan menggunakan jala besar dan lain-lain. Melawat ke pelabuhan lama di Asia Selatan iaitu Old Quarter Hoi An. Kebanyakan bangunan dan rumah di sini adalah struktur reka bentuk tradisional sejak abad ke-17.

  • Marble Mount merupakan gabungan kepada lima puncak batu kapur yang terletak tujuh kilometer dari pusat bandar Da Nang. Singgah di Non Nuoc Stone Village yang terletak di kaki pergunungan Marble Mount. Masyarakat di perkampungan ini berkemahiran mengukir kraftangan dengan menggunakan batu marmar dan batu-batu yang lain.

HARI 4 : Da Nang - Hue City - Da Nang

  • Bergerak ke Hue City melalui Hai Van Tunnel yang merupakan terowong terpanjang di Asia Tenggara iaitu sepanjang 6.28km.

  • Melawat bandar Hue City yang dikenali sebagai tapak warisan dunia UNESCO yang kaya dan menarik keindahan semulajadi. Bandar Hue menjadi bandar tertua dan mempunyai banyak sejarah di masa lalu. Ia menjadikan bandar ini terkenal dengan tarikan pelancong datang dari pelbagai negara.

  • Masa bebas untuk membeli belah di Da Nang Market. Peserta boleh membeli pelbagai jenis barangan unik seperti pakaian, kraftangan tempatan dan cenderahati dengan harga yang berpatutan. Masa bebas bersiar-siar di My Khe Beach. Sambil anda mendengar bunyi ombak yang menenangkan minda, anda juga boleh merendam kaki di air pantai, bermain pasir dan melihat matahari terbenam.

HARI 5 : Da Nang - Kuala Lumpur​

  • Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.

HARGA PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.

  • Penginapan hotel 4 malam bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).

  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.

  • Pengangkutan kereta jeep di padang pasir & Gunung Langbiang

  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.

  • Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional.

  • Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.

HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK

  • Kos ujian antigen atau PCR COVID-19 sekiranya disyaratkan oleh negara dilawati.

  • Travel & Covid-19 Insurans - Hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans yang sesuai.

  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.

  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.

  • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.

  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan. 

  • Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program dan pakej termasuk.

HOTEL​

  • Da Nang Gemma Hotel 4 Mlm

Berhubung terus dengan team kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

Cik Salina

Tour Consultant Exec

Cik Fizah

Tour Consultant Exec

bottom of page