top of page

5H4M Shanghai + Disneyland

Shanghai - Disneyland

Bermula 

RM3590 / person

Malaysia Airlines

Image by Aubrey Odom

JADUAL PERJALANAN

HARI 1 : Kuala Lumpur - Shanghai 

  • Berkumpul di KLIA Terminal 1 untuk menaiki penerbangan ke Shanghai. Lawatan di Shanghai:

  • Menaiki bot di West Lake, sebuah tasik yang dikelilingi oleh bukit-bukau yang diselimuti awan. Ia merupakan tempat dimana para penyair, cendiakawan dan artis sejak Dinasti Tang mengambil inspirasi disini. Ia juga tersenarai antara 8 tasik tercantik di China. Tetamu juga diberi kesempatan melalui jejambat di atas.

  • The Bund: sebuah kawasan dermaga yang telah wujud sejak awal abad ke-20, kini ia telah digazet sebagai tempat bersejarah di Shanghai. Terdapat banyak bangunan berbentuk gothik, baroque, neoclassical serta renaissance yang masih dapat dilihat dikawasan ini seperti bangunan HSBC, Bank of Taiwan dan banyak lagi. 

  • Bermalam di Hangzhou.


HARI 2 : Shanghai - Suzhou - Shanghai

  • Couple Retreat Garden: sebuah halaman dipenuhi dengan pelbagai lanskap yang disusun indah, merentasi setiap taman yang mempunyai identiti tersendiri. Tersenarai sebagai tapak warisan UNESCO, terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Eastern, Middle Mansion dan Western Garden. Tetamu juga diberi kesempatan menaiki bot untuk keluar dari kawasan halaman ini.

  • Jinji Lake: sebuah taman terbuka yang terletak di Suzhou, terdapat beberapa kawasan yang terdapat disini seperti Li’s Causeway, dimana terdapat beberapa jambatan seperti jambatan antik dan batu disini serta Moonlight Dock, dimana tetamu dapat melihat pemandangan seperti berada di Eropah. Berhenti bergambar di mercu tanda baharu disini iaitu Oriental Gate, sebuah bangunan pencakar langit menyerupai bangunan Marina Bay Sand di Singapura, menandakan persahabatan antara Singapura dan China. Couple Retreat Garden

  • Singgah sebentar untuk solat di Taiping Fang Mosque, yang merupakan masjid utama disini yang telah dibina pada tahun 1928.

  • Membeli-belah di Silk Factory dengan pelbagai rekabentuk yang disediakan disini, dari sarung bantal, alas katil, pakaian dan banyak lagi.

  • Shantang Ancient Street: sebuah perkampungan yang wujud dari dinasti Tang, ia pada asalnya adalah sebuah kawasan empangan, dan disambung dengan membina beberapa batang jalan yang berhubung dengan jambatan dari batu, dan ia berkembang hingga menjadi sebuah penempatan. Kini ia telah disenarai antara sejarah penting buat negara China. Banyak bangunan dengan senibina kuno dan jambatan dapat dilihat disini.

  • Bermalam di Shanghai

HARI 3 : Shanghai

  • Jinmao Tower: tetamu diberi peluang melihat Oriental Pearl Tower yang terletak seberang bangunan ini dari tingkat 88. Disamping itu, menikmati pemandangan indah kota yang penuh dengan bangunan pencakar langit ini. Dengan atrium yang kelihatan seperti berputar dengan warna keemasan tanpa ruang dan masa.

  • Starbucks Roastery: pernah dinobatkan sebagai cawangan terbesar di dunia pada tahun 2017, singgah sebentar untuk menikmati kopi dengan sedikit bayaran tambahan, ia menyediakan 3 bar kopi sepanjang 88 kaki, menjadikan ia bar kopi Starbuck terpanjang di dunia.

  • Meluangkan masa untuk membeli-belah di Shanghai Gemstone Carving Hall dan Tongrentang Herb Center

  • 1000 Tree Mall: keunikan bangunan ini digambarkan seperti sebuah gunung yang diliputi hutan rimba, ia merupakan bangunan yang terdiri dari kedai, café, restoran dan banyak lagi ruangan serta taman-taman terdapat disini. Bermalam di Shanghai.

HARI 4 : Shanghai

  • Masa bebas untuk berhibur dengan keluarga di Shanghai Disneyland, ia menawarkan pelbagai tarikan disini seperti Pixar Toy Story Land, Fantasy Land, Tomorrowland dan banyak lagi. Akhiri hari dengan menyaksikan tembakan bunga api penuh warna-warni dengan perarakan sebelum kembali ke hotel. Pixar Toy Story Land - Disneyland Shanghai 

  • Bermalam di Shanghai

HARI 5 : Shanghai - Kuala Lumpur

  • Berjalan kembali ke masa silam di Chenghuang Miao Business District, dimana bangunan lama dihiasi pelbagai warna-warni dengan pelbagai barangan antik, cenderahati, kraftangan dan banyak lagi boleh didapati disini. Kemudian meneruskan perjalanan menyelusuri ke Zigzag Bridge, sebuah jambatan yang berbentuk zigzag merentasi permukaan tasik.

  • Dibina pada tahun 1917, singgah solat di Little Peach Garden Mosque, masjid terbesar di Shanghai yang dapat memuatkan sehingga 500 orang pada satu masa. 

  • Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Tiba di KLIA Terminal 1.

HARGA PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan kelas ekonoi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan. 

  • Penginapan hotel 4 malam bertaraf 4 bintang sepanjang lawatan termasuk cukai bandar

  • Sarapan pagi di hotel, makanan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mebikut aturcara.

  • Tiket masuk ke tempat lawatan seperti yang dinyatakan

  • Perkhidmatan tour leader dan tour guide yang terlatih professional.

  • Tip untuk tour leader, tour guide dan pemandu bas persiaran.

HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK

  • Kos antigen atau PCR COVID-19 sekiranya disyaratkan oleh negara dilawati.

  • Travel & Covid-19 Insurans - Hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans yang sesuai

  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.

  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.

  • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.

  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.

  • Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.

HOTEL

  • Holiday Inn Express Shanghai - 3 malam

Berhubung terus dengan team kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

Cik Salina

Tour Consultant Exec

Cik Fizah

Tour Consultant Exec

bottom of page