
Trusted and Safe
Your safe is our priority
Best Price Guaranteed
Get the best deals, always
24/7 Customer Support
we're here whenever you need us
Tailor - Made Packages
Trips designed around you

5H4M bangkok + khao yai + jurassic world
From :
RM 2,490
Per Person
5 Days 4 Nights
Thailand
Travel Date :
07/12/2026
13/12/2026
DAY 1 - KUALA LUMPUR - BANGKOK - KHAO YAI (L,D)
-
Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Bangkok. Lawatan di Khao Yai:
-
Primo Piazza Khao Yai salah satu tarikan utama yang terkenal dengan pemandangan yang menakjubkan dan seni bina Itali yang elegan
-
Melawat The Hobbit House yang terkenal dengan replika Rumah Hobit.
-
Membeli belah di Pak Chong Night Market. Bermalam di Khao Yai.
DAY 2 - KHAO YAI - BANGKOK (B,L)
-
Melawat Hokkaido Flower Park, iaitu ladang bunga terkenal di Khao Yai yang dikelilingi oleh pemandangan gunung yang menakjubkan. • Melawat Sun Flower Field, yang hanya mekar berkembang ketika hujung bulan November hingga Februari sahaja.
-
Melawat Suwan Corn Farm iaitu ladang jagung terkenal di Khao Yai yang menjual pelbagai produk berasaskan jagung.
-
Membeli makanan kering untuk dijadikan ole-ole di Bow Tip Thai Dried Food Store.
-
Muslim Night Market: Makan malam sendiri sambil meneroka pasar malam mesra Muslim yang menawarkan pelbagai pilihan makanan halal, pakaian, aksesori, dan cenderamata pada harga berpatu
DAY 3 - BANGKOK (B,L,D)
-
Pelajari khasiat dan cara penghasilan madu lebah secara tradisional di Honeybee Farm & Gallery. Tetamu juga boleh membeli madu di sini untuk dibawa pulang.
-
Chaophraya River Cruise: Nikmati pengalaman menyusuri Sungai Chaophraya dengan cara paling santai untuk menikmati pemandangan kota Bangkok.
-
Sightseeing Wat Arun (On Boat): Dari atas bot, anda akan dapat melihat panorama indah Wat Arun atau dikenali sebagai Temple of Dawn.
-
Singgah ke ICON Siam, pusat membeli-belah mewah dan moden yang digelar “The Mother of All Malls”. Ia menampilkan lebih 500 kedai, dewan makanan tradisional “SookSiam” dengan konsep pasar terapung, serta pemandangan tepi sungai yang mengagumkan.
-
Gems Gallery: Singgah ke galeri batu permata terbesar di Bangkok. Pelawat dapat melihat proses pemotongan dan pembuatan batu permata serta membeli barangan perhiasan berkualiti tinggi.
-
Asiatique The Riverfront: Akhiri malam anda di Asiatique, pasar malam moden di tepi Sungai Chaophraya. Gabungan pusat membeli-belah, hiburan, restoran dan aktiviti riadah menjadikannya destinasi wajib singgah. • Jurassic World: Alami dunia prasejarah dengan replika dinosaur serta pameran interaktif, pengalaman menyeronokkan dan bergambar dengan pelbagai jenis dinosaur. Bermalam di Bangkok.
DAY 4 - BANGKOK (B)
-
PESERTA BEBAS MELAKUKAN AKTIVITI SENDIRI SEPANJANG HARI.
-
CADANGAN TEMPAT LAWATAN:
-
Ayutthaya Historical Park, Dream World Theme Park, Chocolate Ville, Amphawa Floating Market dan Safari World & Marine Park.
-
Bermalam di Bangkok
DAY 5 - BANGKOK - KUALA LUMPUR(B)
-
Erawadee Herb & Health Shop: Kilang yang menghasilkan ubatan tradisional yang diperbuat 100% dari herba semulajadi dan organik milik keluarga Diraja Thailand. Tetamu boleh mendapatkan pelbagai jenis produk kesihatan dan kecantikan di sini.
-
Platinum Fashion Mall: Membeli-belah barangan tempatan dan cenderamata di salah satu rangkaian pasar raya terbesar di Thailand
-
Paratunam Market: Syurga untuk para pembeli yang suka tawar menawar
-
Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang

5H4M Bangkok + Kanchanaburi
From :
RM 2,590
Per Person
5 Days 4 Nights
Thailand
DAY 1 - KUALA LUMPUR - BANGKOK - KANCHANABURi (L,D)
-
Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Bangkok.
-
Lawatan di Bangkok: Bee Farm: Ladang dan pusat pemprosesan madu lebah kecil yang mempamerkan produk madu asli serta barangan berasaskan lebah.
-
Lawatan di Kanchanaburi: Kanchanaburi Skywalk: Jambatan kaca moden yang terletak di tebing Sungai Kwai, menawarkan pengalaman berjalan di atas lantai kaca dengan pemandangan sungai dan bandar Kanchanaburi dari ketinggian.
-
River Kwai Bridge: River Kwai Bridge ialah jambatan bersejarah di Kanchanaburi yang dibina semasa Perang Dunia Kedua sebagai sebahagian daripada laluan Death Railway yang menghubungkan Thailand dan Burma (Myanmar). menawarkan pemandangan Sungai Kwai serta peluang bergambar di lokasi ikonik yang sarat dengan nilai Sejarah. Bermalam di Kanchanaburi.
DAY 2 - KANCHANABURI (B,L,D)
-
Lawatan di Kanchanaburi: Safari Park Kanchanaburi: Keunikan Safari Park ini adalah pelawat boleh memandu kereta sendiri atau menggunakan pengangkutan yang disediakan untuk mendekati dan melihat haiwan. Syurga bagi mereka yang gemar bergambar kerana anda boleh berjumpa dengan pelbagai haiwan daripada anak harimau sehinggalah gajah dan berpeluang memberi makan kepada zirafah dalam jarak dekat, selain pertunjukan buaya yang menarik.
-
Death Railway River Kwai: Melawat jambatan landasan keretapi merentasi River Kwai yang amat bersejarah dan terkenal dengan jolokan nama Death Railway kerana berpuluh ribu nyawa buruh paksa terkorban ketika laluan keretapi sepanjang 415km yang menghubungkan Thailand-Burma ini dibina. • Merasai pengalaman bermakna dengan menaiki Classic Train Ride yang melalui sepanjang Death Railway dengan pemandangan damai River Kwai dan bukit-bukau.
-
Isi masa terluang dengan membeli-belah di JJ Local Night Market, pasar malam yang menawarkan pelbagai jenis makanan jalanan, produk kecantikan, pakaian dan aksesori elektronik. Bermalam di Kanchanaburi.
DAY 3 - KANCHANABURI - RATCHABURI - SAMUT SONGKHRAM - BANGKOK (B,L)
-
Lawatan di Ratchaburi: Damnoen Saduak Floating Market: Pengalaman berharga menaiki sampan menyusuri terusan Damnoen Saduak yang menempatkan pasar terapung yang paling terkenal di dunia ini dan telah wujud sejak kurun ke-18 lagi.
-
Lawatan di Samut Songkhram: Railway Market: Pasar yang unik dengan peniaga menjual barangan mereka di tepi rel keretapi dan akan mengalihkan barangan setiap kali keretapi lalu.
-
Lawatan di Bangkok: Ramkhamhaeng Night Market: Pasar malam popular di Bangkok yang menawarkan pelbagai barangan seperti pakaian, aksesori dan cenderahati pada harga berpatutan, menjadikannya lokasi santai untuk membeli-belah dan menikmati suasana malam Bangkok. Bermalam di Bangkok.
DAY 4 - BANGKOK (B,D)
-
Lawatan di Bangkok: Gems Factory: Gems Factory ialah galeri dan kilang batu permata Thailand yang mempamerkan proses pemotongan serta penghasilan barang kemas berkualiti tinggi.
-
Platinum Mall (Pratunam Area): Waktu bebas membeli belah di Platinum Mall di Bangkok yang merupakan syurga membeli-belah bagi pencinta fesyen, menawarkan pelbagai pilihan pakaian trendy pada harga borong dan runcit yang sangat berpatutan dan murah.
-
Chao Phraya River Tourist Boat: Menyusuri sepanjang Chao Phraya River sambil menaiki bot Persiaran.
-
ICONSIAM Shopping Mall: Masa bebas untuk membeli-belah dan bersiar-siar. Bermalam di Bangkok.
DAY 5 - BANGKOK - KUALA LUMPUR(B,L)
-
Lawatan di Bangkok: Erawadee Herb: Erawadee Herb ialah pusat produk herba dan kesihatan Thailand yang menawarkan pelbagai barangan berasaskan herba semula jadi seperti minyak urut, balm, produk aromaterapi dan suplemen tradisional.
-
MBK Center: Kompleks membeli-belah pelbagai barangan dengan lebih 2,000 buah kedai yang menjadi tumpuan pelancong Malaysia.
-
December’s Mall: Pusat membeli-belah di Bangkok yang terkenal dengan pelbagai barangan fesyen, pakaian, aksesori dan cenderahati pada harga borong dan berpatutan. Menaiki penerbangan pulang dan mendarat di KLIA Terminal 1.