top of page
Image by Evgeny Matveev

Home > International Packages > Central Asia

Timeless Wonders,
Explore the Uniqueness

Its legendary Silk Road heritage across ancient cities

Cik Salina
Tour Consultant Exec

Cik Fizah
Tour Consultant Exec

pakej pelancongan  murah dan berpatutan

Trusted and Safe

Your safe is our priority

Best Price Guaranteed

Get the best deals, always

pakej pelancongan  murah dan berpatutan

24/7 Customer Support

we're here whenever you need us

Tailor - Made Packages

Trips designed around you

Image by Edgar Cavazos

8H6M Uzbekistan 4 Kota

From :

 RM 7,190

Per Person

8 Days 6 Nights

Uzbekistan

DAY 1 - KUALA LUMPUR - TASHKENT -URGENCH- KHIVA (D)

  • Berkumpul di KLIA 1 untuk menaiki penerbangan terus ke Tashkent. Menaiki penerbangan domestik dari Tashkent ke Urgench. Bermalam di Khiva

​

DAY 2 - KHIVA (B,L,D)

  • Lawatan di Khiva: Ichan-Qala: Bermaksud ‘kota dalam kota’ yang dilindungi oleh dinding bata setinggi 10 meter di tengah kota Khiva. Di masa lalu, Ichan-Qala menjadi tempat istirehat sementara para pedagang sebelum melintasi gurun menuju ke Iran. 

  • Kunya-Ark Fortress: Kubu lama dan kediaman pemerintah Khiva, yang dibina pada abad ke-12. Di sekeliling kubu ini terdapat Summer Mosque, Dewan Takhta dan The Harem (bilik keluarga pemerintah Khiva).

  • Tash Khouvli Palace: Dikenali dengan gelaran “Rumah Batu” kerana pembinaanya padat dengan seramik biru dengan ukiran dan corak yang rumit. Dibina pada tahun 1832-1841 oleh Allakuli Khan.

  • Masa bebas untuk membeli-belah anyaman, pakaian dan tenunan yang terdapat di sepanjang jalan utama di dalam Old Wall Khiva. Bermalam di Khiva.

​

DAY 3 - KHIVA - BUKHARA (B,L,D)

  • Bergerak ke bandar Bukhara.

  • Dalam perjalanan ke Bukhara akan melalui Kizilkum Desert dan menikmati pemandangan Amu Darya River.

  • Bermalam di Bukhara.

​

DAY 4 - BUKHARA (B,D)

  • Lawatan di Bukhara: Ark of Bukhara: Kota pertahanan dan kediaman rasmi diraja yang masyhur di dalam Laluan Sutera yang dibina abad ke-4 lagi oleh Putera Parsi Siyavusha dan terdapat istana, pasar, muzium dan Arslan Khan Mosque dibina pada 1119.

  • Menziarahi kompleks makam diraja Samanid Mausoleum yang dibina seawal kurun ke 10 dan juga Chashma Nabi Ayub yang dibina pada abad ke-12 untuk melindungi telaga Nabi Ayub di dalamnya.

  • Menziarahi Bolo Haouz Mosque yang dibina sebegitu indah pada tahun 1712.

  • Lyabi-Khauz Ensemble: Merupakan sebuah kawasan yang terdiri dari 3 buah bangunan utama iaitu Kukeldash Madrasah dibina pada 1568, Nadir Divan-Begi Madrasah pada 1619 dan Nadir Divan-Begi Khanqah (yang merupakan tempat berkumpulan ahli sufi) pada 1622.

  • Poi Kalan Complex: Sebuah dataran ikonik dan bersejarah di kota ini kerana dibina sejak tahun 1121 lagi, yang menempatkan 3 buah bahagian utama iaitu Kalan Mosque, Kalan Minaret dan Miri Arab Madrasah.

  • Masa bebas untuk membeli-belah di sekitar kawasan Old Town Bukhara. Bermalam di Bukhara.

​

DAY 5 - BUKHARA - GIJDUVAN - SAMARKAND (B,L,D)

  • Bergerak ke bandar Gijduvan:

  • Bahoutdin Architectural Complex: Kompleks ini pada mulanya dibina selepas kematian Bahouddin Naqshband dan menjadi tempat ziarah selama bertahun-tahun. Nama penuh Bahouddin Naqshband ialah Ibn Burhoniddin Muhammad Al-Bukhori. Beliau juga dikenali sebagai "Shohi Naqshband" dan "Xojayi Buzruk." Beliau juga diiktiraf sebagai alhi Sufi ke-7

  • Gijduvan School of Ceramics: Melihat pembuatan barang seramik Gijduvan yang cukup terkenal dengan ukiran bentuk geometri berwarna hijau dan biru.

  • Bermalam di Samarkand.

​

DAY 6 - SAMARKAND - TASHKENT (B,L,D)

  • Registan Square: Merupakan dataran yang paling ikonik mewakili negara ini dan kawasan terpenting bagi kota kuno Samarkand yang berusia sama tua dengan kota Rome dan Babylon. Dataran ini menempatkan 3 buah bangunan iaitu Ulugh Beg Madrasah yang dibina pada 1417, Sher-Dor Madrasah yang dibina pada 1619 dan Tilya-Kori Madrasah pada tahun 1646, selain di sini terdapat juga Mausoleum of Shaybanids.

  • Shah-i-Zinda Ensemble: Sebuah kota yang merangkumi kediaman, pemakaman dan masjid untuk keluarga diraja Dinasti Timurid yang dibina sedari abad ke-11 lagi. Makam pertama yang terdapat di sini dikatakan milik saudara Rasulullah SAW, Kusam ibn Abbas yang datang ke kota ini pada abad ke-7 bagi menyebarkan agama Islam. 

  • Menziarahi Bibi-Khanym Mosque yang dianggap sebagai khazanah terpenting di Samarkand dan salah satu masjid yang tercantik di dunia yang dibina pada 1404.

  • Masa bebas untuk membeli-belah di Siab Bazaar yang terkenal dengan pelbagai jenis kacang dan buah-buahan kering yang terletak berhampiran dengan Bibi-Khanym Mosque.

  • Amir Temur Mausoleum: Makam Timur, juga dikenali sebagai Gur-e-Amir, ialah makam penakluk Turco-Mongol Timur (Tamerlane). Makam ini menandakan tempat peristirahatan terakhir Timur, anak-anak lelakinya, dan cucu-cucunya.

  • Melawat Kompleks Imam Bukhari yang merupakan destinasi ziarah penting di Uzbekistan yang menggabungkan nilai sejarah, keagamaan dan seni bina Islam yang mengagumkan. Menaiki keretapi dari Samarkand ke Tashkent. Lawatan di Tashkent:

  • Tashkent Magic City merupakan taman hiburan moden yang menawarkan pelbagai tarikan bertema dengan suasana yang menarik dan sesuai untuk semua pengunjung. Bermalam di Tashkent.

​

DAY 7 - TASHKENT - CHIMGAN MOUNTAINS (B,L,D)

  • Lawatan di Tashkent: Menikmati pemandangan panorama dan berfoto kawasan pergunungan bertasik Chimgan Mountains yang cukup indah dan paling terkenal di sini.

  • Menaiki cable car menuju ke puncak Beldersay Peak yang setinggi 3309m dan berfoto di sekitar kawasan tasik Charvak Lake yang terbentuk dari Chirchiq River.

  • Berfoto dan bersiar-siar di Independence Square yang dibina sebagai simbol kemerdekaan Uzbekistan, di mana di dataran ini terdapat beberapa monumen seperti Independence Monument, Happy Mother Monument dan lain-lain. Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur

​

DAY 8 - KUALA LUMPUR

  • Tiba di Kuala Lumpur

​

Image by Edgar Cavazos

11H9M 3TAN: Uzbekistan + Kazakhstan + Kyrgyzstan

From :

 RM 11,190

Per Person

11Days 9 Nights

Uzbekistan +Kazakhstan + Kyrgyzstan

DAY 1 - KUALA LUMPUR - TASHKENT - ALMATY

  • Berkumpul di KLIA Terminal 1 untuk menaiki penerbangan ke Almaty (Transit di Tashkent, Uzbekistan). Bermalam di Almaty.​

​

DAY 2 - ALMATY - SHYMBULAK - ALMATY (B,L,D)

  • Lawatan di Shymbulak: Bergerak ke Medeu Gorge, yang terkenal sebagai lokasi gelanggang luncur ais tertinggi di dunia, Medeu Skating Rink dan juga laluan utama ke Shymbulak Ski Resort.

  • Menaiki cable car menuju ke Shymbulak Mountain yang terletak pada ketinggian 2,260 meter dari paras laut. 

  • Menikmati pemandangan menakjubkan Tian Shan Mountains sambil bergambar dan bersantai.

  • Lawatan di Almaty: Republic Square ialah dataran utama di Almaty yang menjadi pusat aktiviti rasmi, upacara kenegaraan, dan acara awam. Ia terkenal dengan landskap luas, tugu peringatan, dan bangunan bersejarah di sekelilingnya.

  • Independence Monument ialah monumen bersejarah di Almaty yang dibina untuk memperingati kemerdekaan Kazakhstan, menjadi simbol patriotisme dan destinasi popular pelancong.

  • Melawat Panfilov Park, sebuah taman bersejarah di Almaty, Kazakhstan, terkenal dengan Katedral Ascension dan tugu peringatan Perang Dunia Kedua, sesuai untuk bersiar-siar dan bergambar. 

  • Memorial of Glory ialah tugu peringatan Perang Dunia Kedua di Panfilov Park, Almaty, dengan Api Abadi sebagai simbol penghormatan kepada pejuang yang terkorban.

  • Zenkov Cathedral ialah gereja kayu berwarna-warni di Panfilov Park, dibina pada 1907 dan antara bangunan kayu tertinggi di dunia. Bermalam di Almaty.

​

DAY 3 - ALMATY - CHARYN CANYON - KOLSAY LAKE - ALMATY (B,L,D)

  • Lawatan di Charyn Canyon:Charyn Canyon juga dikenali sebagai “Grand Canyon of Kazakhstan”, merupakan salah satu destinasi pemandangan indah di Asia Tengah. Terbentuk melalui hakisan Sungai Sharyn selama berjuta-juta tahun, canyon ini terkenal dengan formasi batu unik dan pemandangan yang dramatik.

  • Kolsay Lake ialah tasik gunung yang indah di Kazakhstan, terkenal dengan airnya yang jernih, dikelilingi hutan dan banjaran Tian Shan. Ia menjadi destinasi popular untuk aktiviti seperti mendaki, berkelah, dan fotografi alam semula jadi. Bermalam di Almaty.

​

DAY 4 - ALMATY - BISHKEK (B,L,D)

  • Bergerak ke Border Kyrgyzstan “Kegen” untuk ke negara Kyrgyzstan.

  • Lawatan di Bishkek: Ala-Too Square: Dataran utama Bishkek yang menempatkan Rumah Putih, Muzium Sejarah Negeri, tiang bendera negara, monumen revolusi 7 April, serta patung Chingiz Aitmatov dan Manas. 

  • State History Museum ialah muzium utama negara yang mempamerkan sejarah, budaya nomad dan warisan rakyat Kyrgyz dari zaman purba hingga era moden

  • Victory Square ialah dataran awam di Bishkek yang didedikasikan untuk memperingati kemenangan ke atas Nazi Jerman. Ia dibina pada tahun 1985 sempena ulang tahun ke-40 tamatnya Perang Dunia II. 

  • Osh Bazaar ialah pasar tradisional terkenal di Bishkek, yang menawarkan pelbagai barangan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, daging, rempah ratus, pakaian, dan cenderamata tempatan. Ia juga menjadi tempat popular untuk merasai makanan tradisional Kyrgyz. Bermalam di Bishkek

​

DAY 5 - BISHKEK - ALA ARCHA NATIONAL PARK - CHON KEMIN (B,L,D)

  • Ala Archa National Park: Taman negara yang terletak berhampiran Bishkek, Kyrgyzstan. Ia terkenal dengan lanskap gunung yang dramatik, sungai ais, dan laluan mendaki, menjadi destinasi popular untuk aktiviti hiking, berkelah, dan menikmati alam semula jadi. 

  • Meneruskan perjalanan ke Chon Kemin Valley, sebuah lembah yang aman dan indah, dikelilingi gunung serta kampung tradisional Kyrgyz. Bermalam di Chon Kemin.

​

DAY 6 - CHON KEMIN - TASHKENT (B,L,D)

  • Aktiviti tambahan seperti menunggang kuda membolehkan anda menikmati suasana yang tenang, menghirup udara segar pergunungan serta merasai sendiri pengalaman budaya nomad Kyrgyz yang asli. Bertolak ke Tashkent dengan menaiki penerbangan domestik. Bermalam di Tashkent.

​

DAY 7 - TASHKENT - BUKHARA (B,L,D)

  • Menaiki kereta api dari Tashkent ke Bukhara.

  • Lawatan di Bukhara: Ark of Bukhara: Kota pertahanan dan kediaman rasmi diraja yang masyhur di dalam Laluan Sutera yang dibina sejak abad ke-4 lagi oleh Putera Parsi Siyavusha dan di dalamnya terdapat istana, pasar, muzium dan Arslan Khan Mosque yang dibina pada 1119.

  • Lyabi-Khauz Ensemble: Merupakan sebuah kawasan yang terdiri dari 3 buah bangunan utama iaitu Kukeldash Madrasah dibina pada 1568, Nadir Divan-Begi Madrasah pada 1619 dan Nadir Divan-Begi Khanqah (yang merupakan tempat perkumpulan ahli sufi) pada 1622.

  • Ismail Samani Mausoleum ialah makam bersejarah di Bukhara yang dibina pada abad ke-10, terkenal dengan seni bina bata yang halus dan dianggap antara karya seni bina Islam terawal di Asia Tengah.

  • Bolo-Khauz Complex ialah kompleks bersejarah di Bukhara yang terkenal dengan masjidnya yang mempunyai tiang kayu berukir indah serta kolam air di hadapan, melambangkan seni bina tradisional Uzbekistan. Bermalam di Bukhara.

​

DAY 8 - BUKHARA - GIJDUVAN - SAMARKAND (B,L,D)

  • Bergerak ke bandar Gijduvan: Gijduvan School of Ceramics: Melihat pembuatan barang seramik Gijduvan yang cukup terkenal dengan ukiran bentuk geometri berwarna hijau dan biru. • Meneruskan perjalanan dengan bus persiaran ke Samarkand.

  • Lawatan di Samarkand: Kompleks Imam al-Bukhari merupakan pusat ziarah utama umat Islam dan simbol penghormatan kepada beliau, serta dianggap sebagai salah satu tempat suci penting di Asia Tengah.

  • Mausoleum of Gur-e Amir ialah makam diraja di Samarkand, dan tempat persemadian Amir Timur. Ia terkenal dengan kubah biru yang indah serta seni bina Islam yang mengagumkan, dan merupakan antara mercu tanda bersejarah paling penting di Asia Tengah. Bermalam di Samarkand.

​

DAY 9 - SAMARKAND - TASHKENT (B,L,D)

  • Lawatan di Samarkand: Registan Square: Merupakan dataran yang paling ikonik mewakili negara ini dan kawasan terpenting bagi kota kuno Samarkand yang berusia sama tua dengan kota Rome dan Babylon. Dataran ini menempatkan 3 buah bangunan iaitu Ulugh Beg Madrasah yang dibina pada 1417, Sher-Dor Madrasah yang dibina pada 1619 dan Tilya-Kori Madrasah pada tahun 1646, selain di sini terdapat juga Mausoleum of Shaybanids.

  • Shah-i-Zinda Ensemble: Sebuah kota yang merangkumi kediaman, pemakaman dan masjid untuk keluarga diraja Dinasti Timurid yang dibina sedari abad ke-11 lagi. Makam pertama yang terdapat di sini dikatakan milik saudara Rasulullah SAW, Kusam ibn Abbas yang datang ke kota ini pada abad ke-7 bagi menyebarkan agama Islam.

  • Masa bebas untuk membeli-belah di Siab Bazaar yang terkenal dengan pelbagai jenis kacang dan buah-buahan kering yang terletak berhampiran dengan Bibi-Khanym Mosque ini.

  • Menaiki keretapi dari Samarkand ke Tashkent.

  • Lawatan di Tashkent: Tashkent Magic City merupakan taman hiburan moden yang menawarkan pelbagai tarikan bertema dengan suasana yang menarik dan sesuai untuk semua pengunjung. Bermalam di Tashkent.

​

DAY 10 - TASHKENT - CHIMGAN MOUNTAINS - KUALA LUMPUR (B,L,D)

  • Lawatan di Chimgan Moutain.

  • Menikmati pemandangan panorama dan berfoto kawasan pergunungan bertasik Chimgan Mountains yang cukup indah dan paling terkenal di sini. 

  • Menaiki cable car menuju ke puncak Beldersay Peak yang setinggi 3309m dan berfoto di sekitar kawasan tasik Charvak Lake yang terbentuk dari Chirchiq River. Lawatan di Tashkent:

  • Berfoto dan bersiar-siar di Independence Square yang dibina sebagai simbol kemerdekaan Uzbekistan, di mana di dataran ini terdapat beberapa monumen seperti Independence Monument, Happy Mother Monument dan lain-lain. Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur

​

DAY 11 - KUALA LUMPUR

  • Tiba di lapangan terbang KLIA.

​

bottom of page