top of page
Image by Nikola Johnny Mirkovic

Home > International Packages > Scandinavia

The Destination of
Open Minds

Sleek Scandinavian minimalism seamlessly blends architectural functionality, clean lines, and natural materials into everyday urban spaces.

Cik Salina
Tour Consultant Exec

Cik Fizah
Tour Consultant Exec

pakej pelancongan  murah dan berpatutan

Trusted and Safe

Your safe is our priority

Best Price Guaranteed

Get the best deals, always

pakej pelancongan  murah dan berpatutan

24/7 Customer Support

we're here whenever you need us

Tailor - Made Packages

Trips designed around you

Image by Michael Fousert

10H 8M MAGICAL SCANDINAVIAN (NORWAY+ SWEDEN+DENMARK)

From :

 RM 12,599

Per Person

10 Days 8 Nights

Scandinavian

DAY 1 - KUALA LUMPUR – TRANSIT – OSLO (MOB)

  • Anda akan berkumpul di KLIA dan memulakan perjalanan udara ke Oslo, Norway. Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Oslo, anda akan disambut oleh pemandu dan terus menuju ke bandar. Lawatan bermula di Islamic Center diikuti makan tengah hari di restoran halal tempatan. Seterusnya, anda akan meneroka Akershus Fortress, kubu bersejarah yang menghadap ke Oslofjord, sebelum daftar masuk hotel untuk berehat dan bermalam di Oslo.

​

DAY 2 - OSLO TOUR (MP,MM)

  • Selepas sarapan, anda akan dibawa ke Vigeland Sculpture Park, sebuah taman unik yang memaparkan lebih 200 arca karya Gustav Vigeland – sesuai untuk bersiar-siar santai dan bergambar. Seterusnya, anda berpeluang ke Viking Ship Museum (pilihan), untuk menyelami sejarah epik Viking Norway. Kemudian, anda akan bersantai di Aker Brygge, kawasan pelabuhan yang meriah dengan pemandangan indah, kedai-kedai menarik dan pilihan makanan halal-friendly. Selebihnya adalah masa bebas di Oslo – sama ada untuk meneroka sendiri atau membeli-belah (atas perbelanjaan sendiri). Anda akan bermalam lagi di Oslo

​​​​

DAY 3 - OSLO – BERGEN (MP,MM)

  • Selepas bersarapan dan daftar keluar, andamemulakanperjalananyangmempesonakeBergen dengan pemandangan indah sepanjang jalan—gunung bersalji, fjord, dan lembah yang menenangkan. Sebelum meninggalkan Oslo, anda singgah sebentar untuk melihat mercu tanda ibu kota yang kaya sejarah dan seni. Perjalanan diteruskan merentasi landskap Norway yang memukau sebelum andabermalamdiBergen, sebuah bandar pelabuhan bersejarah yang menanti untuk diterokai

​

DAY 4 - BERGEN – FLAM – FJORD SAFARI (MP,MM)

  • Selepas bersarapan dan daftar keluar, andamenuju ke Stesen Myrdal untukmenaiki FlamRailway, laluan kereta api paling indah di dunia. Di sepanjang perjalanan, anda akan terpukau dengan keindahan Air Terjun Kjosfossen yang megah. Setibanya di Flam, anda meneroka kota kecil yang terletak di antara fjord tercantik dunia. Kemuncaknya ialah pengalaman menaiki bot persendirian menyusuri fjord, melihat hidupan marin dan keajaiban semula jadi Norway. Bermalam di Bergen, penuh dengan kenangan luar biasa

​

DAY 5 - BERGEN -GEILO (MP,MM)

  • Selepas bersarapan dan daftar keluar, anda akan dibawa ke Stegastein Viewpoint, platform ikonik dengan pemandangan fjord yang luar biasa memukau dari ketinggian. Kemudian, anda menyusuri masa silam di Viking Valley, sebuah kampung Viking autentik yang membolehkan anda merasai sendiri warisan Norway. Seterusnya, perjalanan diteruskan ke Geilo – sebuah bandar resort yang tenang dan cantik. Hari anda berakhir dengan waktu bebas untuk bersantai. Bermalam di Geilo atau Voss, di tengah keindahan semula jadI

​

DAY 6 - GEILO/VOSS - SARPSBORG/FREDRIKSTAD (MP,MM)

  • Selepas bersarapan dan daftar keluar, anda akan dibawamelalui perjalanan yang indahke Sarpsborg atau Fredrikstad, dua bandar yang terkenal dengan pemandangan semula jadi yang mempesona dan sejarah yang menarik. Setibanya di sana, anda berpeluang untuk menikmati masa bebas meneroka bandar lama, pelabuhan klasik dan suasana santai di tepi sungai. Hari anda diakhiri dengan penginapan semalaman di Sarpsborg atau Fredrikstad.

​

DAY 7 - SARPSBORG/ FREDRIKSTAD– GOTHENBURG –COPENHAGEN (MP,MM)

  • Selepas bersarapan dan daftar keluar, anda akan bertolak ke Gothenburg dan singgah di Masjid Gothenburg untuk berhenti rehat serta menunaikan solat. Kemudian, nikmati suasana di Feskekorka, pasar ikan unik yang menawarkan pelbagai hasil laut termasuk salmon salai. Perjalanan panjang akan membawa anda menuju Copenhagen, ibu kota Denmark dengan merentas Jambatan Oresund, jambatan bawah laut yang menghubungkan Malmo ke Copenhagen. Akhirnya, anda bermalam di Copenhagen, bandar penuh pesona Eropah Utara.

​

DAY 8 - COPENHAGEN (MP,MM)

  • Selepas sarapan di hotel, anda akan memulakan penjelajahan di Freetown Christiania – ‘canabistown’, kawasan komuniti unik di Denmark yang terkenal dengan gaya hidup bebas dan seni jalanan. Seterusnya, nikmati pemandangan di Copenhagen dengan perhentian bergambar di Little Mermaid, patung ikonik yang terkenal, serta Gefion Fountain. Anda juga boleh berjalan-jalan di sekitar Nyhavn Harbour, kawasan pelabuhan yang berwarna-warni. Akhirnya, anda akan ke Rokkedyssegaard untuk melihat tanaman buah di sana. Malam dihabiskan di Copenhagen.

​

DAY 9 - PENERBANGAN PULANG (MP,MM)

  • Selepas sarapan di hotel, anda akan meluangkan masa untuk membeli-belah di kedai cenderamata Copenhagen, membawa pulang kenangan dari percutian ini. Kemudian, anda akan diiringi ke lapangan terbang untuk penerbangan kembali ke Malaysia​

​

DAY 10 - TRANSIT – TIBA DI KUALA LUMPUR

  • Selamat tiba di Kuala Lumpur, anda telah kembali dengan penuh kenangan

bottom of page