top of page
Image by Melvin Tan

Home > International Packages > Indonesia

Explore Diversity Culture
and Vibrant Nature

Immerse yourself in Indonesia's vibrant culture through its unique handicrafts, rich traditions, and mouth-watering culinary delights.

Cik Salina
Tour Consultant Exec

Cik Fizah
Tour Consultant Exec

trusted_edited.png

Trusted and Safe

Your safe is our priority

Best Price Guaranteed

Get the best deals, always

24.png

24/7 Customer Support

we're here whenever you need us

Tailor - Made Packages

Trips designed around you

pakej sabah
Image by Ruben Sukatendel

4H3M MEDAN + SAMOSIR + BERASTAGI

From :

 RM 1,790

Per Person

4 Days 3 Nights

INDONESIA

DAY 1 - KUALA LUMPUR - MEDAN - BERASTAGI (D)

  • Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu. Bertolak ke Berastagi.

  • Lawatan di Berastagi: Kedai Oleh-Oleh: Membeli oleh-oleh dan produk makanan tempatan dan tradisional seperti dodol, wajik dan sebagainya. Bermalam di Berastagi.

​

DAY 2 - BERASTAGI - PARAPAT SAMOSIR (B,L,D)

  • Lawatan di Berastagi: • Pasar Buah Berastagi: Rasai kesegaran buah tropika, sayur-sayuran, dan bunga tempatan sambil menikmati suasana pasar pergunungan yang meriah. Bandar pergunungan di Sumatera Utara, Indonesia, terkenal kerana udara sejuk, panorama gunung, dan pasar buah tropika.

  • Bertolak ke Parapat menaiki bas.

  • Bukit Simarjarunjung: Bukit ini terletak di antara Parapat dan Berastagi. Pemandangan Tasik Toba & Pulau Samosir ini sesuai untuk bersantai, bergambar, dan menikmati udara sejuk pergunungan

  • Air Terjun Sipiso-Piso: Asal Nama “Sipiso-Piso” dalam bahasa Batak bermaksud “pisau”, merujuk kepada bentuk air terjun yang jatuh lurus seperti bilah pisau. Saksikan keindahan air terjun tertinggi di Indonesia setinggi 120-meter sambil menikmati panorama menakjubkan Tasik Toba dan pergunungan di sekitarnya

  • Bukit Tanjung Unta: Terkenal dengan bentuk tanjungnya yang menyerupai bonggol seekor unta yang sedang berehat, Bukit Tanjung Unta merupakan salah satu lokasi terbaik untuk menikmati panorama indah Tasik Toba. Nama unik ini diberikan oleh Proklamator Indonesia, Bung Karno.

  • Batu Lihi (Panorama Selfie Batu Lihi) merupakan salah satu destinasi pelancongan popular di kawasan perbukitan sekitar Danau Toba, Sumatera Utara. Terletak di Kabupaten Simalungun, berhampiran laluan Simarjarunjung, lokasi ini terkenal dengan panorama Danau Toba yang memukau dari kawasan tanah tinggi. Bermalam di Samosir.

​

DAY 3 -SAMOSIR - PARAPAT - MEDAN (B,L,D)

  • Lawatan di Samosir:

  • Kampung Ambarita, merupakan sebuah perkampungan tradisional Batak yang bersejarah dan terletak di Pulau Samosir, di tengah-tengah Danau Toba, Sumatera Utara. Perkampungan ini terkenal sebagai salah satu pusat warisan budaya Batak yang masih mengekalkan keaslian sejarah dan tradisinya. Di sini, pengunjung berpeluang melihat rumah adat Batak Toba yang unik, serta Batu Persidangan Raja Siallagan, iaitu tempat di mana raja dan para pembesar suatu ketika dahulu mengadakan perbicaraan dan menjatuhkan hukuman mengikut adat.

  • Menaiki bot ke Parapat.

  • Selepas itu, peserta boleh membeli belah di Kedai Batik Sulam.

  • Masjid Agung Medan merupakan salah satu masjid moden ikonik di Kota Medan, Sumatera Utara. Masjid ini menampilkan gabungan seni bina Timur Tengah dan sentuhan Melayu, dengan reka bentuk kubah yang megah serta menara tinggi yang menjadi mercu tanda bandar. Bermalam di Medan.

​

DAY 4 - MEDAN - KUALA LUMPUR (B,L)

  • Lawatan di Medan:

  • Istana Maimun, istana bersejarah di Medan, Sumatera Utara, yang dibina pada tahun 1888 oleh Sultan Deli. Ia terkenal dengan seni bina Melayu bercampur pengaruh Islam, Sepanyol, India, dan Itali, menjadikannya salah satu ikon budaya dan sejarah Medan. Bangunan bersejarah berstruktur kuning dengan menara tinggi dan seni ukir khas Melayu.

  • Masjid Raya Medan menjadi salah salah satu masjid bersejarah dan ikonik.Dibina Tahun 1906 – Usianya lebih 100 tahun, menjadikannya salah satu masjid bersejarah tertua di Medan. Kubah utama masjid berwarna

  • Sun Plaza Medan: Destinasi membeli-belah popular di tengah bandar Medan, sesuai untuk mendapatkan cenderamata dan barangan pilihan sebelum pulang. Bertolak ke Lapangan Terbang untuk menaiki penerbangan pulang.

​​

pakej sabah
Image by azhar galih

4H3M SURABAYA + BROMO

From :

 RM 2,090

Per Person

4 Days 3 Nights

INDONESIA

DAY 1 - KUALA LUMPUR - SURABAYA - BROMO TOSARI (L,D)

  • Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Surabaya.

  • Tiba di Lapangan Terbang Juanda, Surabaya dan berjumpa dengan Tour Guide

  • Melawat bandar Surabaya dengan mengunjungi Monumen Kapal Selam (Monkasel) dan Tugu Pahlawan.

  • Singgah di Masjid Cheng Ho, masjid pertama di Surabaya yang dibina dengan seni bina unik menyerupai kuil Buddha atau Tao. • Bertolak menuju ke Gunung Bromo (anggaran perjalanan ±3.5 jam).

  • Makan tengah hari dan makan malam di restoran tempatan.

  • Daftar masuk hotel dan tetamu bebas untuk melakukan aktiviti sendiri. Bermalam di kawasan Bromo.

​

DAY 2 - BROMO - SURABAYA (B,L,D)

  • Panggilan awal pagi pada jam 3.00 pagi untuk menyaksikan pemandangan matahari terbit yang indah di Gunung Bromo.

  • Bertolak menaiki kenderaan tempatan atau Jeep pacuan empat roda ke Gunung Penanjakan (Point View 1) pada ketinggian 2750 meter dari paras laut untuk melihat panorama Gunung Bromo dan kawasan sekitarnya.

  • Kembali ke hotel untuk sarapan pagi dan membersihkan diri.

  • Daftar keluar hotel dan bertolak ke bandar Sidoarjo.

  • Membeli oleh-oleh di pusat Keropok Udang Sidoarjo yang menawarkan pelbagai snek tradisional Indonesia.

  • Berkunjung ke Masjid Nasional Al Akbar, salah satu masjid terbesar dan paling ikonik di Indonesia serta menjadi mercu tanda utama Kota Surabaya. 

  • Kembali ke Surabaya dan membeli-belah di Indah Embroidery Moslem Fashion serta Mirota Shop & Batik Gallery untuk cenderahati.

  • Makan tengah hari dan makan malam di restoran tempatan.

  • Daftar masuk hotel. Bermalam di Surabaya.

​

DAY 3 - SURABAYA (B,L,D)

  • Sarapan pagi di hotel.

  • Melawat Jambatan Suramadu, jambatan terpanjang di Indonesia yang menghubungkan Pulau Jawa dan Pulau Madura.

  • Melawat Masjid dan Makam Sunan Ampel, masjid tertua di Surabaya yang dibina pada tahun 1421 oleh Raden Rahmatullah, salah seorang daripada Walisongo yang menyebarkan agama Islam di Jawa. Tetamu juga berpeluang membeli-belah di kawasan Arab Quarter.

  • Membeli-belah di ITC Mega Borong Mall atau Tunjungan Mega Plaza Shopping Mall, antara pusat membeli-belah terbesar di Jawa Timur. 

  • Makan tengah hari dan makan malam di restoran tempatan.

  • Kembali ke hotel. Bermalam di Surabaya

​

DAY 4 - SURABAYA - KUALA LUMPUR (B)

  • • Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar hotel.

  • Membeli-belah saat akhir di Surabaya Plaza.

  • Pemindahan ke Lapangan Terbang Juanda untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Menaiki penerbangan pulang dan mendarat di KLIA Terminal 1.

​​

pakej sabah
Image by azhar galih

4H3M JAKARTA + BANDUNG

From :

 RM 2,190

Per Person

4 Days 3 Nights

INDONESIA

DAY 1 - KUALA LUMPUR - JAKARTA - BANDUNG (L,D)

  • Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta. Bertolak ke Bandung.

  • Whoosh Speed Train: Kereta api laju pertama di Indonesia dan Asia Tenggara, menghubungkan Jakarta–Bandung.Nama Whoosh bermaksud Waktu Hemat, Operasi Optimal, Sistem Hebat. Kelajuan maksimum operasi: 350 km/j, dengan reka bentuk kereta api mencapai 420 km/j, menjadikan- nya antara yang terpantas di dunia.Jarak: 143 km, dengan masa perjalanan purata hanya 35 minit berbanding 3 jam menggunakan laluan kereta api lama. • Gedung Sate: Gedung Sate merupakan ikon bersejarah Bandung yang dibina pada tahun 1920 semasa zaman penjajahan Belanda. Nama bangunan ini diambil daripada hiasan unik di bahagian bumbung yang menyerupai sate. Enam hiasan bulat di puncaknya dipercayai melambang kan kos pembinaan pada suatu ketika dahulu. 

  • Asia Afrika Street: Jalan Asia Afrika merupakan antara jalan bersejarah di Bandung yang terkenal sebagai lokasi Konferensi Asia Afrika 1955. Kini, kawasan ini menjadi tarikan pelancong dengan deretan bangunan kolonial, mural menarik, serta kafe dan kedai unik, menjadikannya lokasi popular untuk bergambar.

  • Braga Street: Destinasi pelancongan terkenal di Bandung dengan seni bina klasik zaman kolonial. Peserta boleh berjalan santai, mengambil gambar, serta menikmati makanan di kafe dan restoran.

  • Rumah Mode Factory Outlet terkenal di Bandung yang menawarkan pelbagai pakaian, aksesori, dan barangan fesyen berjenama dengan harga diskaun, semuanya tersedia di dalam satu bangunan yang luas dan selesa untuk pengunjung. Bermalam di Bandung.

​

DAY 2 - BANDUNG (B)

  • Tetamu bebas melakukan aktiviti sendiri.

  • Cadangan Lawatan Pilihan: Bandung Volcano Tour

  • Kawah Putih Ciwidey iaitu tasik kawah gunung berapi yang terletak di selatan Bandung. Kawah ini terkenal dengan warna airnya yang unik putih kehijauan serta suasana berkabus

  • Rengganis Suspension Bridge jambatan gantung yang terletak berhampiran Kawah Rengganis di kawasan Ciwidey. Pengunjung boleh menikmati pengalaman berjalan di atas jambatan sambil melihat pemandangan hutan tropika serta kawasan kawah gunung berapi yang unik.

  • Glamping Lakeside Rancabali. Tarikan utama di sini ialah restoran Pinisi Resto yang berbentuk kapal besar, menjadi lokasi bergambar dan juga boleh menikmati pemandangan tasik, kawasan hijau yang luas serta pelbagai spot fotografi yang menarik

  • Ladang Strawberi (Kampung Strawberry) merupakan salah satu tarikan pelancongan popular di kawasan Bandung, terutamanya di kawasan tanah tinggi ya

  • Bermalam di Bandung

​

DAY 3 - BANDUNG - JAKARTA (B,L,D)

  • • Pasar Baru Textile Centre salah satu tempat membeli-belah paling terkenal di Bandung terutama sekali untuk mencari kain ela, baju kurung, kebaya, tudung dan pakaian siap.

  • Van Java Mall pusat membeli-belah (shopping mall) yang terkenal sebagai salah satu destinasi shopping dan hiburan untuk pelancong dan warga tempatan Mall bertingkat dengan banyak pilihan kedai. Sesuai untuk shopping dan bersantai.

  • Tiramisu Su Bandung pencuci mulut terkenal di Bandung yang mengkhususkan pada tiramisu dan dessert Itali. Ia menjadi popular kerana gabungan rasa autentik Itali dengan suasana santai ala kafe.

  • Kartika Sari salah satu kedai kek, pastri, dan oleh-oleh terkenal di Bandung, Indonesia. Ia sangat popular di kalangan pelancong kerana kualiti produk yang sedap dan sesuai dibawa pulang sebagai cenderamata. Bermalam di Jakarta.

​

DAY 4 - JAKARTA - KUALA LUMPUR (B)

  • Monas (Monumen Nasional): ikon kebanggaan Indonesia yang melambangkan perjuangan kemerdekaan. Dibina antara 1961–1975, bangunan setinggi 132-meter ini menampilkan obor emas di puncak sebagai simbol semangat kebangsaan.

  • Thamrin City: Syurga membeli-belah fesyen dan aksesori dengan harga berpatutan. Sesuai untuk mencari oleh-oleh, pakaian trendy, dan menikmati kafe serta restoran dalam suasana selesa Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.

​​

pakej sabah
Image by Kristian Tandjung

5H4M SURABAYA + BROMO + MALANG

From :

 RM 2,390

Per Person

4 Days 3 Nights

INDONESIA

DAY 1 - KUALA LUMPURSURABAYA-BROMO (L,D)

  • Berkumpul di KLIA 1 untuk menaiki penerbangan ke Surabaya. Solat di Masjid Agung Al-Akbar Surabaya. 

  • Bertolak ke Bromo. Bermalam di Bromo.

​

DAY 2 - BROMO' BATU/MALANG (B,L,D)

  • Menyaksikan pemandangan matahari terbit Gunung Bromo (Sunrise Tour).

  • Bertolak menaiki Jeep 4x4 ke Gunung Penanjakan (Point View 1). 

  • Menuju ke kaki Gunung Bromo dengan berjalan kaki atau menunggang kuda.

  • Pasir Berbisik 

  • Muzium Angkut

  • Bermalam di Batu/Malang.

​

DAY 3 - BATU-SIDOARJO' SURABAYA (B,L,D)

  • Melawat Taman Bunga Santera De La Ponte di Pujon.

  • Wisata Petik Apel

  • Buah Tangan Souvenir Shop

  • Singgah di Sidoarjo dan Indah Bordir.

  • Bermalam di Surabaya.

​

DAY 4 - SURABAYA (B,L,D)

  • Membeli-belah di sekitar Surabaya

  • Solat di Masjid dan Makam Sunan Ampel dan Arab Quarter.

  • Mengunjungi Monumen Kapal Selam (Monkasel) dan Tugu Pahlawan.

  • Membeli-belah di Pusat Borong ITC Mega Grosir Surabaya dan Tunjungan Plaza Super Mall.

  • Walking Street Tunjungan.

  • Bermalam di Surabaya.

​​​

DAY 5 - SURABAYAKUALA LUMPUR (B)

  • Membeli-belah di sekitar Surabaya

  • Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur Tiba di KLIA Terminal 1.

pakej sabah
Image by Kristian Tandjung

5H4M JAKARTA + BANDUNG (WHOOSH TRAIN)

From :

 RM 2,490

Per Person

4 Days 3 Nights

INDONESIA

DAY 1 - KUALA LUMPUR - JAKARTA - BANDUNG (L,D)

  • Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta. Bertolak ke Bandung.

  • Gedung Sate: Gedung Sate merupakan ikon bersejarah Bandung yang dibina pada tahun 1920 semasa zaman penjajahan Belanda. Nama bangunan ini diambil daripada hiasan unik di bahagian bumbung yang menyerupai sate. Enam hiasan bulat di puncaknya dipercayai melambangkan kos pembinaan pada suatu ketika dahulu.

  • Asia Afrika Street: Jalan Asia Afrika merupakan antara jalan bersejarah di Bandung yang terkenal sebagai lokasi Konferensi Asia Afrika 1955. Kini, kawasan ini menjadi tarikan pelancong dengan deretan bangunan kolonial, mural menarik, serta kafe dan kedai unik, menjadikannya lokasi popular untuk bergambar.

  • Braga Street: Destinasi pelancongan terkenal di Bandung dengan seni bina klasik zaman kolonial. Peserta boleh berjalan santai, mengambil gambar, serta menikmati makanan di kafe dan restoran.

  • Rumah Mode Factory Outlet terkenal di Bandung yang menawarkan pelbagai pakaian, aksesori, dan barangan fesyen berjenama dengan harga diskaun, semuanya tersedia di dalam satu bangunan yang luas dan selesa untuk pengunjung. Bermalam di Bandung

​

DAY 2 - BANDUNG (B,L,D)

  • Lawatan di Bandung Volcano Tour: 

  • Kawah Putih Ciwidey iaitu tasik kawah gunung berapi yang terletak di selatan Bandung. Kawah ini terkenal dengan warna airnya yang unik putih kehijauan serta suasana berkabus

  • Rengganis Suspension Bridge jambatan gantung yang terletak berhampiran Kawah Rengganis di kawasan Ciwidey. Pengunjung boleh menikmati pengalaman berjalan di atas jambatan sambil melihat pemandangan hutan tropika serta kawasan kawah gunung berapi yang unik. • Glamping Lakeside Rancabali: Tarikan utama di sini ialah restoran Pinisi Resto yang berbentuk kapal besar, menjadi lokasi bergambar dan juga boleh menikmati pemandangan tasik, kawasan hijau yang luas serta pelbagai spot fotografi yang menarik

  • Ladang Strawberi (Kampung Strawberry) merupakan salah satu tarikan pelancongan popular di kawasan Bandung, terutamanya di kawasan tanah tinggi yang sejuk. Bermalam di Bandung.

​

DAY 3 - BANDUNG (B)

  • Tetamu bebas melakukan aktiviti sendiri.

​

  • Cadangan Lawatan Pilihan

  • Tangkuban Perahu merupakan salah satu destinasi alam semula jadi terkenal di Bandung, Indonesia. Gunung berapi ini popular dengan pemandangan kawahnya yang unik serta udara sejuk dan nyaman. Ia menjadi pilihan pelancong untuk menikmati keindahan alam, bergambar dan mengenali keunikan geologi Bandung.

  • Floating Market Lembang menawarkan pengalaman unik menikmati pelbagai makanan dan minuman tempatan yang dijual dari perahu di atas tasik, selain mempunyai kawasan rekreasi dan kedai cenderamata yang menarik untuk pengunjung.

  • The Lodge Maribaya dikelilingi hutan pinus yang menghijau, tempat ini terkenal dengan suasana alam yang sejuk serta pelbagai aktiviti dan spot bergambar menarik seperti Sky Tree, Zip Bike dan Mountain Swing 

  • The Great Asia Africa merupakan taman rekreasi bertemakan budaya Asia dan Afrika yang terkenal di Lembang, Bandung. Berpeluang meneroka kawasan bertema pelbagai negara, menikmati seni bina dan budaya yang unik serta bergambar di pelbagai lokasi menarik, menjadikannya destinasi yang sesuai untuk seisi keluarga.

  • Bermalam di Bandung.

​

​

DAY 4 - BANDUNG – JAKARTA BY WHOOSH TRAIN (B,L,D)

  • Lawatan di Bandung:

  • Pasar Baru Textile Centre salah satu tempat membeli-belah paling terkenal di Bandung terutama sekali untuk mencari kain ela, baju kurung, kebaya, tudung dan pakaian siap.

  • Van Java Mall pusat membeli-belah (shopping mall) yang terkenal sebagai salah satu destinasi shopping dan hiburan untuk pelancong dan warga tempatan Mall bertingkat dengan banyak pilihan kedai. Sesuai untuk shopping dan bersantai.

  • Tiramisu Su Bandung pencuci mulut terkenal di Bandung yang mengkhususkan pada tiramisu dan dessert Itali. Ia menjadi popular kerana gabungan rasa autentik Itali dengan suasana santai ala kafe. 

  • Kartika Sari salah satu kedai kek, pastri, dan oleh-oleh terkenal di Bandung, Indonesia. Ia sangat popular di kalangan pelancong kerana kualiti produk yang sedap dan sesuai dibawa pulang sebagai cenderamata. Bergerak ke Bandung dengan menaiki Whoosh Train (Fast Train) ke Jakarta.

  • Whoosh Speed Train: Kereta api laju pertama di Indonesia dan Asia Tenggara, menghubungkan Jakarta–Bandung.Nama Whoosh bermaksud Waktu Hemat, Operasi Optimal, Sistem Hebat. Kelajuan maksimum operasi: 350 km/j, dengan reka bentuk kereta api mencapai 420 km/j, menjadikan -nya antara yang terpantas di dunia.Jarak: 143 km, dengan masa perjalanan purata hanya 35 minit berbanding 3 jam menggunakan laluan kereta api lama.

  • Lawatan di Jakarta:

  • Monas (Monumen Nasional): ikon kebanggaan Indonesia yang melambangkan perjuangan kemerdekaan. Dibina antara 1961–1975, bangunan setinggi 132-meter ini menampilkan obor emas di puncak sebagai simbol semangat kebangsaan Bermalam di Jakarta.

​​​

DAY 5 - SURABAYA-KUALA LUMPUR (B,L)

  • Lawatan di Jakarta: 

  • Thamrin City: Syurga membeli-belah fesyen dan aksesori dengan harga berpatutan. Sesuai untuk mencari oleh-oleh, pakaian trendy, dan menikmati kafe serta restoran dalam suasana selesa. Bertolak ke airport untuk meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

bottom of page