top of page

6H4M Korea Special

Seoul - Incheon - Chuncheon

Bermula 

RM3590 / person

Malaysia Airlines

Image by Elliot Gouy

DATE DEPARTURE :  27 AUG, 28 AUG, 29 AUG, 4 SEPT, 5 SEPT, 6 SEPT, 24 SEPT, 26 SEPT, 29 SEPT 2024

JADUAL PERJALANAN

HARI 1 : Kuala Lumpur - Incheon

  • Berkumpul di KLIA Terminal 1 untuk menaiki penerbangan ke Incheon.


HARI 2 : Incheon - Chuncheon

  • Lawatan di Chuncheon: Nami Island: Pulau yang cukup terkenal sebagai lokasi penggambaran Winter Sonata dan mempunyai tarikan pemandangan semulajadi yang berbeza mengikut musim. Petite France: Taman tema gaya Perancis yang telah dibina pada Julai 2008. Konsep Petite France ialah 'The Little Prince', nikmati pelbagai pengalaman dan acara kebudayaan Perancis yang menarik bersama keluarga & rakan-rakan

  • Soyanggang Skywalk: Rasai pengalaman berjalan kaki merentasi Uiamho Lake di atas jambatan berlantaikan kaca sepanjang 174m. Gubongsan Observatory Cafe Street: Nikmati pemandangan panorama indah bandar Chuncheon berlatarbelakangkan gunung, tasik, sungai dan jambatan berkembar Soyang Bridge dari kawasan tinjau Gubongsan Mountain. Bermalam di Seoul.

HARI 3 : Seoul

  • Lawatan di Seoul: • Gwanghwamun Gate: Pintu masuk utama ke istana dan jangan lepaskan peluang melihat upacara pertukaran pengawal yang dilakukan sejak dari tahun 1469 sehingga ke hari ini. • Gyeongbokgung Palace: Dibina pada tahun 1395 ketika era Dinasti Joseon, istana pemerintahan ini merupakan yang terbesar dan tercantik di Korea.

  • National Folk Museum: Memaparkan pelbagai barangan tradisional orang Korea seperti pakaian, senjata, perkakasan dan juga corak kehidupan mereka pada zaman dahulu.

  • Bukchon Hanok Village: Sebuah perkampungan tradisional Korea di Seoul dengan sejarah panjang yang terletak di puncak bukit antara Istana Gyeongbok, Istana Changdeok dan Tokong Diraja Jongmyo. 

  • Membeli-belah di Ginseng Center, Red Pine Tree Shop dan Duty Free Shop. Membeli-belah di kawasan terkenal Myeongdong Market dan Namdaemun Market untuk membeli cenderamata atau pakaian termasuklah butik-butik yang berjenama.

  • Bersiar-siar di sepanjang laluan pejalan Cheonggyecheon Stream sambil menonton persembahan lampu dan air yang terdapat di sepanjang sungai ini.

HARI 4 : Seoul

  • Tetamu bebas untuk melakukan aktiviti sendiri pada hari ini seperti berhibur di Everland Theme Park, Lotte World atau menaiki keretapi subway bersiar-siar di kota Seoul.

HARI 5 : Seoul - Incheon

  • Lawatan di Seoul: • Starfield Library: Perpustakaan awam yang terletak di dalam COEX Mall ini menempatkan ribuan jenis buku dan merupakan lokasi terkenal untuk pelancong berfoto. Bersiar-siar di Apgujeong Rodeo Street yang terletak di Gangnam, yang juga digelar Beverly Hills Korea kerana kawasan ini dipenuhi dengan segala macam jenis butik pakaian berjenama dan berfoto dengan GangnamDols kumpulan K-Pop di K-Star Road.

  • Melihat cara penghasilan rumpai laut di Seaweed Museum dan berfoto sambil memakai pakaian tradisional orang Korea, Hanbok. Membeli-belah di Amethyst Factory dan Cosmetic Shop. Hanuel Park: Taman yang terletak di dalam kawasan World Cup Park ini merupakan lokasi terbaik untuk bergambar bagi foto Instagram dengan tumbuhan dan pokok-pokok di sekitarnya berubah ikut musim dan juga terdapat menara tinjau yang menawarkan pemandangan 360° kotaraya Seoul.

  • Bersiar-siar di Itaewon Street yang merupakan kawasan tumpuan penduduk tempatan dengan pelbagai jenis makanan jalanan, persembahan artis jalanan dan kafe-kafe. Bersolat di Seoul Central Mosque yang dibina pada tahun 1976 dan satu-satunya masjid di tengah kota Seoul.

HARI 6 : Incheon - Kuala Lumpur

  • Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur (tiba di KLIA Terminal 1).

HARGA PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan. 

  • Penginapan hotel 4 malam bertaraf 3 bintang sepanjang lawatan termasuk cukai bandar

  • Sarapan pagi di hotel, makanan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mebikut aturcara.

  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Nami Island, Seoul Grand Park, Seoul Land Theme dan Gyeongbokgung Palace. Pengankutan feri ke Nami Island. Pengangkutan kereta kabel dan leretapi di Seoul Grand Park.

  • Kos pemprosesan visa (untuk warganegara malaysia sahaja)

  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.

  • Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional.

  • Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran

HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK

  • Kos antigen atau PCR COVID-19 sekiranya disyaratkan oleh negara dilawati.

  • Untuk urusan permohonan visa ( perlu dilakukan oleh travel ejen sendiri)

  • Travel & Covid-19 Insurans - Hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans yang sesuai

  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.

  • Peralatan ski di ski resort.

  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.

  • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.

  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.

  • Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.

HOTEL

  • Incheon Riviera Arium Hotel  - 1 Mlm

  • Seoul Golden City Hotel -  3 Mlm

Berhubung terus dengan team kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

Cik Salina

Tour Consultant Exec

Cik Fizah

Tour Consultant Exec

​​PAKEJ KOREA MESRA MUSLIM YANG SENTIASA MEJADI TARIKAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA

bottom of page