top of page

6H4M Korea + Everland Tulip Festival

Seoul – Incheon - Chuncheon - Everland

Bermula 

RM4940 / person

Air Asia X

Day_3-213.jpg

JADUAL PERJALANAN

HARI 1 : Kuala Lumpur - Incheon

  • Berkumpul di KLIA Terminal 1 untuk menaiki penerbangan ke Incheon.


HARI 2 : Seoul

  • Lawatan di Chuncheon: Nami Island: Pulau yang cukup terkenal sebagai lokasi penggambaran Winter Sonata dan mempunyai tarikan pemandangan semulajadi yang berbeza mengikut musim. Soyanggang Skywalk: Rasai pengalaman berjalan kaki merentasi Uiamho Lake di atas jambatan berlantaikan kaca sepanjang 174m.

  • Gubongsan Observatory Cafe Street: Nikmati pemandangan panorama indah bandar Chuncheon berlatarbelakangkan gunung, tasik, sungai dan jambatan berkembar Soyang Bridge dari kawasan tinjau Gubongsan Mountain.

  • Bukchon Hanok Village: Sebuah perkampungan tradisional Korea di Seoul dengan sejarah panjang yang terletak di puncak bukit antara Istana Gyeongbok, Istana Changdeok dan Tokong Diraja Jongmyo. Bermalam di Seoul.

HARI 3 : Seoul - Everland

  • Masa bebas untuk berhibur dan bermain bersama keluarga di taman tema Everland Theme Park yang menawarkan pelbagai tarikan yang menarik dan menjadi lokasi tumpuan rakyat tempatan berhibur. Antara tarikan di situ ialah roller coaster, show parade, istana kanak-kanak, taman bunga dan lain-lain.

  • Membeli-belah di kawasan terkenal tengah bandar iaitu Dongdaemun Design Plaza yang terkenal dengan rekabentuknya yang unik. Bermalam di Seoul.

HARI 4 : Seoul

  • Lawatan di Seoul: Gwanghwamun Gate: Pintu masuk utama ke istana dan jangan lepaskan peluang melihat upacara pertukaran pengawal yang dilakukan sejak dari tahun 1469 sehingga ke hari ini.

  • Gyeongbokgung Palace: Dibina pada tahun 1395 ketika era Dinasti Joseon, istana pemerintahan ini merupakan yang terbesar dan tercantik di Korea. National Folk Museum: Memaparkan pelbagai barangan tradisional orang Korea seperti pakaian, senjata, perkakasan dan juga corak kehidupan mereka pada zaman dahulu.

  • Bersiar-siar di Itaewon Street yang merupakan kawasan tumpuan penduduk tempatan dengan pelbagai jenis makanan jalanan, persembahan artis jalanan dan kafe-kafe. Bersolat di Seoul Central Mosque yang dibina pada tahun 1976 dan satu-satunya masjid di tengah kota Seoul. Membeli-belah di Ginseng Center, Red Pine Tree Shop, Cosmetic shop, dan Amethyst Shop. Membeli-belah di kawasan terkenal Myeongdong Market dan Namdaemun Market untuk membeli cenderamata atau pakaian termasuklah butik-butik yang berjenama.

  • Bersiar-siar di sepanjang laluan pejalan Cheonggyecheon Stream sambil menonton persembahan lampu dan air yang terdapat di sepanjang sungai ini. Bermalam di Seoul

HARI 5 : Seoul - Incheon

  • Lawatan di Seoul: Starfield Library: Perpustakaan awam yang terletak di dalam COEX Mall ini menempatkan ribuan jenis buku dan merupakan lokasi terkenal untuk pelancong berfoto.

  • Bersiar-siar di Apgujeong Rodeo Street yang terletak di Gangnam, yang juga digelar Beverly Hills Korea kerana kawasan ini dipenuhi dengan segala macam jenis butik pakaian berjenama dan berfoto dengan GangnamDols kumpulan K-Pop di K-Star Road.

  • Melihat cara penghasilan rumpai laut di Seaweed Museum dan berfoto sambil memakai pakaian tradisional orang Korea, Hanbok. Membeli-belah di Amethyst Factory & Cosmetic Shop.

  • Hanuel Park: Taman yang terletak di dalam kawasan World Cup Park ini merupakan lokasi terbaik untuk bergambar bagi foto Instagram dengan tumbuhan dan pokok-pokok di sekitarnya berubah ikut musim dan juga terdapat menara tinjau yang menawarkan pemandangan 360° kotaraya Seoul.

  • Hongdae University Street: Bersiar-siar dan membeli cenderamata atau barangan kraftangan saat akhir di kawasan yang menjadi tumpuan para pelajar universiti. • Bermalam di Incheon.

HARI 6 : Seoul - Incheon - Kuala Lumpur

  • Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur (tiba di KLIA Terminal 1).

HARGA PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan. 

  • Penginapan hotel 4 malam bertaraf 3 bintang sepanjang lawatan termasuk cukai bandar

  • Sarapan pagi di hotel, makanan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mebikut aturcara.

  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Nami Island, Soyanggang Skywalk dan Gyeongbokgung Palace. Pengangkutan feri ke Nami Island.

  • Tiket masuk lawatan ke Everland Park

  • Pengangkutan golf cart di Hanuel Park  

  • Kos pemprosesan visa (untuk warganegara malaysia sahaja)

  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.

  • Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional.

  • Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran

HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK

  • Kos antigen atau PCR COVID-19 sekiranya disyaratkan oleh negara dilawati.

  • Untuk urusan permohonan visa ( perlu dilakukan oleh travel ejen sendiri)

  • Travel & Covid-19 Insurans - Hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans yang sesuai

  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.

  • Peralatan ski di ski resort.

  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.

  • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.

  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.

  • Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.

HOTEL

  • Incheon Rivera Arium Hotel 1 Mlm

  • Seoul Golden City Hotel 3 Mlm

Berhubung terus dengan team kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

Cik Salina

Tour Consultant Exec

Cik Fizah

Tour Consultant Exec

​​PAKEJ KOREA MESRA MUSLIM YANG SENTIASA MEJADI TARIKAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA

bottom of page