top of page

6H4M OSAKA + KYOTO+ NARA

Osaka - Kyoto - Nara

Bermula 

RM6190/ person

Malaysia Airlines

Image by bady abbas

JADUAL PERJALANAN

HARI 1 : Kuala Lumpur - Kansai Airport

  • Berkumpul di KLIA2 untuk menaiki penerbangan ke Kansai International Airport.


HARI 2 : Kansai Airport - Nara

  • Tiba di Kansai International Airport.

  • Lawatan di Nara: Nara Park: Nara Park terletak di bahagian Nara di wilayah Kansai. Nara Park adalah salah satu tempat yang mesti dilawati kerana tarikan di kawasan tersebut yang terdapat rusa-rusa yang jinak dan bebas berkeliaran. Rusa-rusa di sini di bawah perlindungan “Deer Preservation Foundation” di mana tindakan akan dikenakan oleh pihak berkuasa di Jepun sekiranya didapati bersalah. Rusa-rusa di sini tersangat jinak dan akan menunduk kepada pengunjung yang hendak dan memberi mereka makanan.

  • Menunaikan solat di Kyoto Islamic Culture Center dan menjamah makan tengah hari. Melawat Higashiyama Street dan Kiyomizudera Temple Higashiyama Street adalah laluan untuk mendaki ke Kiyomizudera Temple di Kyoto. Di sekeliling Higashiyama Street, terdapat kedai-kedai cenderamata dan cenderemata yang melambangkan Kawasan tersebut, di Higashiyama Street juga terdapat tempat untuk menyewa Kimono untuk lelaki dan perempuan.

  • Kiyomizudera Temple adalah temple yang terkenal untuk penganut buddha dan terletak di salah satu bukit di kyoto. Kiyomizudera bermaksud “Pure Water Temple”. Kiyomizudera temple menawarkan pemandangan indah dari banyak pokok ceri dan maple di bawah yang meletus dalam lautan warna pada musim bunga dan musim luruh, serta bandar Kyoto dari kejauhan. Kenapa Kiyomizudera Temple adalah tempat terakhir dalam lawatan ini, kerana di tempat itu boleh menyaksikan matahari terbenam. Makan malam dan bermalam di Kyoto.

HARI 3 : Osaka - Kyoto - Nagoya

  • Arashiyama ialah daerah pelancongan yang menyenangkan di pinggir barat Kyot. Arashiyama amat popular semasa musim bunga sakura dan musim gugur. Jambatan Togetsukyo (Togetsukyo bridge) ialah mercu tanda pusat Arashiyama yang terkenal, banyak kedai kecil, restoran dan tarikan lain terdapat berdekatan, termasuk Tenryuji temple, Bamboo Forest dan bot-bot keseronokan yang boleh disewa di sungai.

  • Bamboo Forest ialah tempat paling terkenal di Arashiyama kerana laluan yang membelah rumpun buluh membuatkan boleh berjalan kaki. Hutan-hutan itu amat menarik apabila angin bertiup sepoi-sepoi dan tangkai buluh yang tinggi bergoyang-goyang perlahan-lahan ke sana ke mari. Buluh itu telah digunakan untuk mengeluarkan pelbagai produk, seperti bakul, cawan, kotak dan tikar di bengkel tempatan selama berabad-abad.

  • Melawat Shinsaibashi/Dotonbori: Dari Arashiyama akan bertolak ke Osaka dalam masa 1jam 15mins, dan terus melawat ke bandar kota Osaka iaitu Shinsaibashi street dan nama tempat tersebut ialah Dotonbori. Kawasan Dotonbori adalah daerah hiburan yang paling terkenal di bandar ini dan menawarkan pilihan tempat makan dan membelibelah yang banyak. Bermalam di Osaka

HARI 4 : Osaka

  • Melawat Osaka Castle. Osaka Castle adalah salah satu simbol yang mempapar kan bandar Osaka. Istana Osaka mempunyai sejarah yang panjang dan merupakan salah satu istana yang banyak berperang di zaman dahulu dan terselamat dari banyak bencana. Pada zaman sekarang ini, Istana Osaka adalah menjadi tarikan pelancong di mana masih lagi berdiri dan moden dan boleh di lihat dari luar Kawasan istana. Keluasan Istana Osaka sangatlah besar, mengambil masa dalam 1 jam lebih.

  • Melawat Osaka Masjid ialah masjid terbesar di Osaka dan terdekat dari bandar Osaka. Masjid Osaka bukan di dalam Kawasan bandar Osaka, tetapi masih boleh sempai di situ dengan menaiki kereta api. Kawasan masjid Osaka juga terdapat kedai barang- barang halal dan menyediakan makanan halal tradisional jepun

  • Yodobashi Umeda Mall ialah sebuah bangunan tinggi yang menakjubkan di daerah “Kita” di Osaka, berhampiran stesen Osaka dan Umeda. Ia juga dikenali sebagai "Umeda New Town". Bangunan setinggi 173 meter itu terdiri daripada dua menara yang disambungkan antara satu sama lain oleh "Floating Garden Observatory" di tingkat 39. Balai cerap menawarkan pemandangan bandar yang hebat melalui tingkap dan dari dek terbukanya. Di tingkat bawah tanah, terdapat lantai restoran yang mereplikasi bandar Zaman Showa awal, manakala pejabat menduduki kebanyakan tingkat lain.

HARI 5 : Osaka

  • Tetamu bebas untuk melakukan aktiviti sendiri seperti berhibur di Universal Studio Japan, Tempozan Kaiyukan Aquarium atau menaiki train ke kawasan yang berdekatan.

  • *Tiket masuk tempat lawatan dan pengangkutan tidak termasuk dalam pakej

  • Bermalam di Osaka.

HARI 6 : Kansai Aiport - Kuala Lumpur

  • Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.

HARGA PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan. 

  • Penginapan hotel 6 malam bertaraf 3 bintang sepanjang lawatan termasuk cukai bandar

  • Sarapan pagi di hotel, makanan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mebikut aturcara.

  • Tiket masuk ke tempat  lawatan: Bullet train (Toyohashi ke Hammatsu) dan Iyashino Sato (Kimono experience)

  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.

  • Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional.

  • Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran

HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK

  • Aktiviti / lawatan tambahan yang tidak terdapat dalam aturcara program seperti Disneyland, Disneysea Tokyo, Sea Life Park dan Legoland Discover Center.

  • Kos antigen atau PCR COVID-19 sekiranya disyaratkan oleh negara dilawati.

  • Travel & Covid-19 Insurans - Hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans yang sesuai

  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.

  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.

  • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.

  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.

  • Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.

HOTEL

  • Kyoto Chisum Premier Kyoto Hotel 1 Mlm

  • Osaka Noku Osaka 2 Mlm

  • Kansai Airport Hotel Baygulls 1 Mlm

Berhubung terus dengan team kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

Cik Salina

Tour Consultant Exec

Cik Fizah

Tour Consultant Exec

bottom of page