top of page

8H6M OSAKA + KYOTO + MT. FUJI + TOKYO

Osaka - Kyoto - Mt. Fuji + Tokyo

Bermula 

RM7590 / person

Malaysia Airlines

Mount Fuji

JADUAL PERJALANAN

HARI 1 : Kuala Lumpur - Osaka

  • Berkumpul di KLIA Terminal 1 untuk menaiki penerbangan ke Osaka.


HARI 2 : Osaka

  • Lawatan di Osaka: Nara Deer Park: Menonton kijang berkeliaran di taman-taman rumput sambil mengunjungi bangunan bersejarahnya yang banyak, termasuk Kuil Kofuku-ji yang megah bersebelahan dengan Kolam Besar Sarusawa, serta Pura Uneme. Berhenti dan menunaikan solat di Osaka Mosque.

  • Osaka Castle: dengan keluasan tanah 15 hektar, istana ini berdiri megah setinggi 5 tingkat dengan senibina zaman feudal Jepun, yang mana ia telah pun wujud sejak kurun ke-16. Disini juga terdapat tamantaman yang indah dan lapangan taman yang luas dengan bayaran tambahan untuk masuk. Membeli-belah di kawasan terkenal Shinsaibashi dan Dotonbori termasuklah cenderamata atau pakaian termasuklah butik-butik yang berjenama. Bermalam di Osaka.

HARI 3 : Osaka - Kyoto - Nagoya

  • Arashiyama-Bamboo Forest: berjalan di sepanjang laluan-laluan di dalam hutan yang menakjubkan ini diselangi oleh ribuan batang buluh yang menjulang tinggi. Di sepanjang 500m laluannya ke Tenryu-ji Temple, yang merupakan salah satu kuil Zen yang paling indah di Kyoto.

  • Higashiyama District: melawat ke penempatan prasejarah yang dijaga dengan baik sejak dari tahun 1929. Berjalan disekitar Nagoya Gion Street-Ninenzaka -Sannenzaka, yang telah wujud sekitar tahun 807-808

  • Fushimi Inari Shrine: terletak pada ketinggian 233m dari aras laut, kuil ini menyediakan pemandangan indah beserta dengan keunikan pintu masuk yang dipanggil Senbon Torii atau dikenali sebagai pintu seribu torii. Tetamu juga dapat melihat keindahan bandar Kyoto dari Yotsutji Intersection. Bermalam di Nagoya.

HARI 4 : Nagoya - Mt. Fuji

  • Bullet train experience: Pengalaman menaiki bullet train dari stesen Toyohashi ke Hamamatsu dengan kepantasan sehingga 320 km/j. Dibawa ke Fujinomiya 5th Station yang setinggi 2300m dari aras laut untuk mengambil foto panorama Mt. Fuji yang tersergam indah dan Fuji Five Lakes yang terletak di sekitar kaki gunung. Membeli-belah di Gotemba Premium Outlet dimana terdapat banyak butik-butik yang berjenama ada disini. Bermalam di Mt. Fuji.

HARI 5 : Mt. Fuji - Tokyo

  • Lake Yamanakako: Bergambar kenangan berlatarbelakangkan tasik dan Mt. Fuji dengan pemandangan yang cantik dan indah. • • • • Oshino Hakkai: merupakan tapak tasik keenam yang telah kering beberapa abad lalu, terdapat enam kolam yang terhasil dari salji yang cair dari Mount Fuji, air yang terdapat didalam kolam-kolam ini sangat jernih.

  • Iyashi no sato: Perkampungan yang terletak di persisir Tasik Saiko, terokai kedai-kedai cenderamata dan muzium yang terdapat disini serta pengalaman memakai pakaian tradisional orang Jepun, Kimono.

  • Solat di Fujikawaguchiko Mosque yang berada di sekitar Tasik Kawaguchiko. Disini juga terdapat kedai serbaneka dan kafe yang menyediakan makanan halal. Pengalaman melintasi Shibuya Crossing yang terkenal di dunia dimana orang ramai berpusu-pusu melintas jalan raya yang sibuk di Shibuya ini. Bermalam di Tokyo.

HARI 6 : Tokyo

  • Membeli-belah di kawasan terkenal Asakusa - Nakamise Shopping Street dan Ueno - Ameyokoi Street termasuklah cenderamata atau pakaian termasuklah butik-butik yang berjenama. Melawat Ueno Park, taman yang menjadi tumpuan ramai ketika musim cherry blossom. Di sini juga terdapat banyak muzium dan juga zoo. Di sini juga terletaknya Ueno Tosho-gu Shrine yang popular di kalangan pelancong untuk berfoto dan Flame of Hiroshima and Nagasaki Memorial.

  • Masa bebas untuk membeli-belah di Akihabara yang terkenal sebagai pusat jualan barangan elektronik dan juga lokasi terkenal bagi peminat anime dan manga mencari koleksi mereka. Terletak di daerah Shibuya, Tokyo Mosque adalah masjid terbesar di Jepun. Dengan gabungan senibina Turki dan Jepun, bersolat di masjid yang telah dibina sejak tahun 1938.

  • Berfoto di Tokyo Skytree yang merupakan menara ke-3 tertinggi di dunia dengan ketinggian 634m. Menara ini akan berilluminasi dengan cahaya LED warna-warni pada waktu malam. Dibawa untuk melihat dan mengambil foto Tokyo Imperial Palace yang merupakan kediaman rasmi keluarga diraja Jepun dibina pada 1993 di atas tapak istana lama Edo Castle. Ginza Street: merupakan tempat membeli-belah barangan berharga, restoran mewah dan butik-butik terkenal terdapat disini.

HARI 7 : Tokyo

  • Tetamu bebas untuk melakukan aktiviti sendiri seperti berhibur di Disneyland dan Disneysea Tokyo, Sea Life Park, Legoland Discover Center atau menaiki train melawat Odaiba yang terkenal dengan Odaiba Beach dan Rainbow Bridge.

HARI 8 : Tokyo -Kuala Lumpur

  • Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur (tiba di KLIA terminal 1).

HARGA PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan. 

  • Penginapan hotel 6 malam bertaraf 3 bintang sepanjang lawatan termasuk cukai bandar

  • Sarapan pagi di hotel, makanan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mebikut aturcara.

  • Tiket masuk ke tempat  lawatan: Bullet train (Toyohashi ke Hammatsu) dan Iyashino Sato (Kimono experience)

  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.

  • Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional.

  • Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran

HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK

  • Aktiviti / lawatan tambahan yang tidak terdapat dalam aturcara program seperti Disneyland, Disneysea Tokyo, Sea Life Park dan Legoland Discover Center.

  • Kos antigen atau PCR COVID-19 sekiranya disyaratkan oleh negara dilawati.

  • Travel & Covid-19 Insurans - Hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans yang sesuai

  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.

  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.

  • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.

  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.

  • Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.

HOTEL

  • Osaka - Five Hotel - 1 malam

  • Nagoya - Henna Hotel Express- 1 malam

  • Mt. Fuji - Fujisan Garden Hotel- 1 malam

  • Tokyo - Granbel Shinjuku Hotel - 3 malam

Berhubung terus dengan team kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

Cik Salina

Tour Consultant Exec

Cik Fizah

Tour Consultant Exec

bottom of page