top of page
Image by Ong Cheng Zheng

Kota Kinabalu - Kundasang

Malaysia

4D3N Honeymoon Kota Kinabalu - Kundasang (Standard)

Kota Kinabalu - Kundasang

Bermula 

From RM3059 / couple

-

aru_02.jpg

HARI 1 : KUALA LUMPUR - KOTA KINABALU

  • Ketibaan di Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Anda akan dijemput oleh wakil syarikat dan bergerak ke Kundasang. Kemudian melawat ke Rumah Terbalik, dan seterusnya ke Jambatan Tamparuli yang merupakan simbolik pekan Tamparuli. Selepas itu, bertolak terus ke Kundasang (2 jam). Singgah sebentar di Pekan Nabalu. Kemudian anda akan dibawa ke Pekan Kundasang dan check in di penginapan B-Inspired Abode.

HARI 2 : KUNDASANG - KOTA KINABALU

  • Sarapan pagi. Anda akan dibawa melawat Desa Cattle Farm yang dipanggil New Zealand Sabah kerana pemandangannya. Lawatan akan diteruskan ke Culvert View untuk mengambil gambar sebagai kenangan, terutama di kawasan yang mempunyai pemandangan indah atau suasana menarik. Kemudian melawat Sabah Tea Garden dan Kundasang Memorial Park sebelum singgah di Fish Spa Village untuk pengalaman Spa ikan di sungai nyaman sebelum bertolak ke Kota Kinabalu. Makan malam Seafood di Todak Seafront (optional). Check in di penginapan The Palace Hotel.

HARI 3 : KOTA KINABALU

  • Sarapan pagi. Anda akan bergerak melawat dan Menara Yayasan Sabah dan Masjid Terapung yang terkenal kerana kelihatan seolah terapung dipermukaan air. Kemudian, melawat Muzium Negeri Sabah untuk mengetahui sejarah mengenai Negeri Sabah. Seterusnya, melawat Atkinson Clock Tower, menara jam yang merupakan titik rujukan geografi yang penting untuk kapal-kapal yang belayar ke teluk semasa era penjajahan. Seterusnya, anda akan dibawa menikmati pemandangan matahari terbenam di Tanjung Aru. Makan malam dan berehat di penginapan.

HARI 4 : KOTA KINABALU - KUALA LUMPUR

  • Sarapan pagi. Checkout penginapan dan anda akan dibawa membeli belah di Pasar Filipin, Jamilah Jewellery serta Cocoa Kingdom untuk pembelian cenderamata sebelum bertolak ke Lapangan terbang Kota Kinabalu

PACKAGE INCLUDED

  • Penginapan Hotel 2-3 bintang lengkap sarapan pagi (kota Kinabalu)

  • Penginapan Hotel 2-3 bintang lengkap sarapan pagi (kundasang)

  • Tiket Lawatan seperti yang tertera dalam jadual

  • Airport transfer & Pengangkutan van selesa (driver cum guide) untuk 4 hari

PACKAGE EXCLUSION

  • Tiket Penerbangan, luggage ataupun meals on board

  •  Kinabalu Park (RM15) | Canopy Walk (RM5) atau lawatan optional lain yang tidak dinyatakan.

  • Optional : Kos makan tengahari dan makan malam. (kos anggaran rm10-20/meals)

  • Sebarang kosseperti Pengangkutan pada hari ke-4 (free & easy)

  • Insuran perjalanan

IMPORTANT NOTES

  • Jadual akan diubahsuai mengikut waktu penerbangan anda

Berhubung terus dengan team kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

Cik Salina

Tour Consultant Exec

Cik Fizah

Tour Consultant Exec

bottom of page