top of page

5H4M Bangkok + Pattaya

Bangkok - Pattaya

Bermula 

RM2790 / person

Air Asia

Image by Nehal Patel

JADUAL PERJALANAN

HARI 1 : Kuala Lumpur - Bangkok

  • Berkumpul di KLIA2 untuk menaiki penerbangan ke Bangkok. Lawatan di Pattaya:

  • Erawadee Herb & Health Shop: Kilang ubatan tradisional yang diperbuat 100% dari herba semulajadi dan organik milik keluarga diraja Thailand. Tetamu boleh mendapatkan pelbagai jenis produk kesihatan dan kecantikan di sini.

  • Melawat salah satu tarikan utama, Pattaya Floating Market yang diwujudkan sejak 2008 bukan sahaja untuk tetamu membeli cenderamata dan makanan daripada peniaga-peniaga di dalam sampan, malahan merasai pengalaman gaya hidup dan kebudayaan orang sungai Thai. Dengan bayaran tambahan, tetamu boleh merasai pengalaman menaiki sampan menyelusuri sungai dan kawasan perkampungan di sini.

  • Daftar masuk hotel di Pattaya dan aktiviti bebas.


HARI 2 : Bangkok - Pattaya

  • Masa bebas untuk bersiar-siar dan berfoto di pantai terkenal Pattaya Beach yang menjadi tumpuan pelancong beristirehat dan bermain aktiviti air. Bagi pengumpul barangan koleksi, boleh mengunjungi Hard Rock Café Pattaya yang terdapat di sini.

  • Nong Nooch Village with Thai classical dance and Elephant Show: Tempat yang indah dan menakjubkan untuk melihat pertujukan tarian tradisional, tinju, sepakan bola, melukis oleh gajah. Selain itu terdapat taman bunga dan rangkaian tumbuhan serta lanskap yang mengagumkan. Bermalam di Pattaya.

HARI 3 : Pattaya - Bangkok

  • Melihat cara pembuatan batu permata di Gems Factory. Bersolat di The Foundation of the Islamic Centre of Thailand yang merupakan masjid terbesar di sini berusia lebih 60 tahun.

  • Menyusuri sepanjang Chao Phraya River sambil menaiki bot persiaran Chao Phraya River Tourist Boat yang akan berhenti di beberapa jeti sepanjang sungai ini dan anda boleh hop on-hop off di jeti-jeti ini untuk melawat tarikan seperti Flower Market, Wat Arun dan China Town.

  • Masa bebas untuk membeli-belah dan bersantai di Icon Siam Mall yang serba moden menempatkan 7,000 buah kedai dan juga floating marketnya yang tersendiri.

HARI 4 : Bangkok

  • Tetamu bebas untuk melakukan aktiviti sendiri pada hari ini.

HARI 5 : Bangkok - Kuala Lumpur

  • Masa bebas untuk membeli-belah barangan tempatan dan cenderamata di salah satu rangkaian pasar raya terbesar di Thailand iaitu Big C Bangkok. Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.

HARGA PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan kelas ekonoi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan. 

  • Penginapan hotel 3 malam bertaraf 3 bintang sepanjang lawatan termasuk cukai bandar

  • Sarapan pagi di hotel, makanan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mebikut aturcara.

  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.

  • Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional.

  • Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran

HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK

  • Kos antigen atau PCR COVID-19 sekiranya disyaratkan oleh negara dilawati.

  • Travel & Covid-19 Insurans - Hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans yang sesuai

  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.

  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.

  • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.

  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.

  • Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.

HOTEL

  • THE SEASON PATTAYA - 2 malam

  • SEASONS BANGKOK HUARMARK - 2 Mlm

Berhubung terus dengan team kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

Cik Salina

Tour Consultant Exec

Cik Fizah

Tour Consultant Exec

bottom of page