top of page

11H8M Afrika Selatan

Johannesburg – Aquila Private Game Reserve – Knysna – Cape Town

Bermula 

RM12,990 / person

Singapore Airlines

Beautiful Nature

JADUAL PERJALANAN

HARI 1 : Kuala Lumpur - Singapore

  • Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Johannesburg. (Transit di Singapore)


HARI 2 : Singapore - Johannesburg

  • Tiba di airport Johannesburg. 

  • Lawatan di Johannesburg: The Mall of Africa: Merupakan pusat membeli-belah yang terletak di Waterfall City, Midrand, Gauteng dan ketiga terbesar di Afrika menempatkan lebih 300 buah kedai. Menikmati makan tengahari di Restoran Nomad terletak di dalam The Mall of Africa.

  • Melawat Union Building, Seat of National Government yang juga merupakan South African National Heritage Site. Singgah bergambar di Voortrekker Monument tapak warisan sejarah Afrika Selatan yang menjadi simbol perjuangan etnik Afrikaans dalam mengasaskan tanah air mereka

  • Menghayati senibina bangunan lama yang mengelilingi Church Square direka oleh William Hawke merupakan bangunan penting dari segi sejarah dan seni bina. Bermalam di Johannesburg

HARI 3 : Johannersburg - Aquila Private Game Reserve

  • Menaiki penerbangan domestic ke Cape Town. Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Cape Town dan bergerak ke Aquila Private Game Reserve. Lawatan di Aquila Private Game Reserve: Aquila Private Game Reserve: Safari yang terkenal dengan jolokan ‘Home to the legendary big 5 Animal’ (singa, gajah, kerbau, harimau, dan badak). Merupakan pusat pemuliharaan hidupan liar seluas 10,000 hektar terletak di antara Langeberg dan Pergunungan Outeniqua di Cape Barat. Mendapat penghormatan Anugerah Halal dalam pengurusan pelancongan Muslim. 

  • Bermalam di Aquila Private Game Reserve

HARI 4 : Aquila Private Game Reserve - Knysna

  • Melawat sekitar Aquila Private Game Reserve untuk kali kedua bagi melihat haiwan-haiwan diurnal yang aktif pada waktu pagi. Tetamu bebas melakukan aktiviti sendiri atau memilih untuk menaiki Logoon Cruise dengan tambahan bayaran. Menawarkan pelayaran lagun yang menarik ke Knysna Heads. Menaiki John Benn yang merupakan feri mewah tertutup sepenuhnya, dengan dek atas dan bawah dibina dari Yellowwood yang diperoleh dari Hutan Knysna. Pemandangan yang mengasyikkan dilengkapi restoran terapung terbaik di Knysna ,Bermalam di Knysna

HARI 5 : Knysna

  • Cango Wildlife Caves: Keajaiban semula jadi yang memukau dengan stalactites, stalagmites, dan formasi batu menghiasi dinding gua. Terbentuk sejak berjuta-juta tahun lampau memenuhi pelbagai tahap pengembaraan mengenai geologi, sejarah, dan cerita rakyat yang sangat menarik.

  • Ostrich Farm Tour: Ladang ini berkeluasan kira-kira 1800 hektar dan mempunyai rumah lama yang dibina dengan batu pasir yang dipanggil "Feather Palace". Merupakan ladang burung unta pertama di Oudtshoorn dan Afrika Selatan menempatkan Burung Unta Biru Kenya dan Zimbabwe. Pengunjung juga akan dapat melihat Burung Unta Putih dan burung kedua terbesar di dunia, iaitu Emu dari Australia. Serta lawatan ke Bilik Inkubator di mana burung menetas di dalam inkubator. Bilik ini dilengkapi dengan "Spy-Camera" yang membolehkan perspektif yang dekat dan peribadi mengenai proses penetasan. Bermalam di Knysna.

HARI 6 : Knysna - Hermanus - Cape Town

  • Lawatan di Hermanus: Masa bebas di Hermanus Bay untuk melihat ikan paus. Antara bulan Jun dan November setiap tahun, ikan paus Southern Right, ikan paus Bryde dan Humpback datang untuk membiak di kawasan teluk pantai.

  • Bermalam di Cape Town

HARI 7 : Cape Town

  • Lawatan di Cape Town: Table Mountain Aerial Cable Way: Menaiki cable car menuju ke puncak Table Mt. yang dibina sejak 1929, sememangnya menjanjikan pandangan yang memukaukan dengan hanya 5 minit untuk tiba di puncak. Dengan ketinggian 1000m dari aras laut, pengunjung disajikan pemandangan 360 darjah bandar Cape Town.

  • Kirstenbosch Botanical Gardens: Taman Botani Negara yang diiktiraf sebagai salah satu taman botani yang hebat di dunia sejak tahun 1913 lagi. Ianya terletak di lereng timur Table Mountain Cape Town. Ribuan jenis spesis flora terdapat di sini dan tetamu boleh merentasi taman ini dengan melalui Centenary Tree Canopy Walkway.Bermalam di Cape Town

HARI 8 : Cape Town

  • Circe Seal Island Cruise: Pelayaran Cruise antara 40 dan 60 minit dengan menaiki Calypso, merupakan satu-satunya bot motor berlantai lutsinar di Afrika Selatan. Pengunjung dapat melihat hutan kelp dan hidupan laut di Pulau Duiker/Pulau Seal. Tetamu berpeluang untuk melihat anjing laut secara dekat di persekitaran semula jadi mereka. 

  • Chapman's Peak: Berkedudukan di antara Noordhoek dan Hout Bay. Terletak di Pantai Atlantik, di hujung barat daya Afrika Selatan, ia adalah salah satu pemacu yang paling menakjubkan di dunia dengan laluan sepanjang 9km dan 114 lengkung. Pantai berbatu Puncak Chapman menawarkan pemandangan 180 darjah yang menakjubkan, pengunjung boleh berhenti dan mengambil gambar pemandangan yang sangat indah.

  • Cape of Good Hope National Park: Merupakan titik hujung selatan benua Afrika, terkenal dengan sejarahnya dan merupakan perhentian penting di laluan perdagangan awal antara Eropah dan Asia. Tanjung ini dikelilingi oleh pantai, teluk, dan tebing, menjadikannya lokasi yang popular untuk dikunjungi. • Boulders Beach Penguins: Ia adalah pantai terlindung yang terdiri daripada batu granit dan perairan yang jernih. Kawasan ini adalah penempatan kelompok terbesar penguin Afrika. Pengunjung boleh melihat penguin dari dekat sambil menikmati pemandangan yang indah. Ia adalah lokasi yang popular untuk berenang, snorkeling, dan memerhati burung. Bermalam di Cape Town.

HARI 9 : Cape Town

  • Tetamu bebas untuk melakukan aktiviti sendiri seperti berjalan menggunakan perkhidmatan Hop On Hop O, melawat Muzium Bo-kaap, Muzium Iziko South Afrika dan berjalan sekitar bandar Cape Town serta pusat membeli belah.

HARI 10 : Cape Town - Singapore

  • Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Transit di Singapore.

HARI 11 : Kuala Lumpur

  • Tiba di Kuala Lumpur.

HARGA PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan. 

  • Penginapan hotel 8 malam bertaraf 3 / 4 bintang sepanjang lawatan termasuk cukai bandar

  • Sarapan pagi di hotel, makanan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.

  • Bayaran masuk ke tempat lawatan mengikut aturcara: Aquila Private Game Reserve, Congo Wildlife Caves, Table Mountain Aerial Cable Way, Kristenbosch Botanical Gardens, Circe Seal Island Cruise. 

  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa

  • Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional.

  • Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran

HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK

  • Kos antigen atau PCR COVID-19 sekiranya disyaratkan oleh negara dilawati.

  • Travel & Covid-19 Insurans - Hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans yang sesuai

  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.

  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.

  • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.

  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.

  • Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.

HOTEL

  • Johannesburg -  Peermont Metcourt Suites Emperors Palace 1 Mlm

  • Aquila Private Game Reserve - Aquila Private Game Reserve & Spa 1 Mlm

  • Knysna -  Premier Hotel Knysna the Moorings 2 Mlm

  • Cape Town Cresta Grande Hotel 4 Mlm

Berhubung terus dengan team kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

Cik Salina

Tour Consultant Exec

Cik Fizah

Tour Consultant Exec

bottom of page