top of page
Image by Fahrul Azmi

SABAH

Malaysia

4H3M MABUL SEMPORNA & TAWAU (5 PULAU) – RELAXING

(GROUND ARRANGEMENT FIT-1 NIGHT WATER CHALET)

Bermula 

From RM1199 / person

-

DavidKirkland_family-river-cruiseBb.jpg

 ITINERARY

HARI 1 : KUL-SANDAKAN-KINABATANGAN (L,D)
Anda akan dijemput oleh wakil syarikat di Lapangan Terbang Sandakan dan bergerak terus ke Bilit Adventure Lodge, Kinabatangan. Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit. Kinabatangan merupakan sungai kedua terpanjang di pulau Borneo dan telah dikenali sebagai tempat perlindungan hidupan liar. Makan tengah hari anda di rumah persinggahan. Selepas makan tengah hari, anda boleh mendaftar masuk ke penginapan anda. Pada pukul 4:30 petang, menaiki Rivercruise selepas beberapa hidangan ringan. Anda akan berpeluang melihat 'Borneo Big 5' iaitu Bornean Pygmy Elephant, Rhinoceros Hornbill, Estuarine Crocodile, Orang Utan & Proboscis monkey. Kembali ke penginapan, segarkan diri dan teruskan makan malam pada pukul 7 malam. Aktiviti pilihan (Night Rivercruise), akan bergantung pada keadaan cuaca dan dengan bayaran tambahan.

HARI 2 : SEPILOK-SANDAKAN HOTEL (B)
Bangun awal pagi dan memulakan aktiviti Morning Rivercruise untuk menikmati pemandangan pagi berkabus di Sungai Kinabatangan sambil mencari lebih banyak hidupan liar. Kembali ke penginapan, dan sarapan pagi. Daftar keluar dari penginapan dan singgah di Gua Gomantong (Optional). Meneruskan perjalanan ke Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre (SORC). Di sini, anda boleh menyaksikan program pemulihan Orang Utan. akan tengah hari dan anda akan meneruskan lawatan ke Bornean Sun Bear Conservation Centre atau BSBCC) sebelum mendaftar masuk di Hotel Sandakan. Bersia-siar di Bandar Sandakan pada waktu malam dan makan malam. Pulang ke penginapan dan berehat.

HARI 3: SANDAKAN (B)
Sarapan pagi dan aktiviti bebas. Anda juga boleh pilih untuk optional tour untuk perjalanan seharian anda.

HARI 4: SANDAKAN-LAPANGAN TERBANGSarapan pagi di penginapan. Memulakan perjalanan untuk menyingkap kisah Bandar Sandakan. Anda akan melawat kampung Buli Sim-sim, kampung air terawal di Sandakan yang dibina di atas tiang. Seterusnya, terokai Sandakan Central Market di mana anda boleh melihat hasil tempatan dan makanan laut yang dijual. Seterusnya, melawat Muzium Agnes Keith, sebuah rumah agam lama kolonial yang terletak di salah satu titik tertinggi di Sandakan. Anda juga boleh berhenti untuk minum teh dan makan di English Tea House sambil melihat satu lagi pemandangan indah Bandar  Sandakan. Akhir sekali, singgah di Sandakan War Memorial sebelum ke Lapangan Terbang Sandakan.

PACKAGE INCLUDED

  • 1 malam penginapan lengkap makan tengah hari dan makan malam (Bilit Adventure Lodge)

  •  2 malam penginapan lengkap sarapan pagi di penginapan 3 bintang (Hotel Sandakan)

  • Bayaran masuk seperti dalam jadual perjalanan

  • Pengangkutan van selesa dengan pemandu dan Airport Transfer

  • Rivercruise ( 2 kali perjalanan)

PACKAGE EXCLUSION​

  • Tiket penerbangan,luggage ataupun meals on board

  • Aktiviti pilihan tambahan yang tidak dinyatakan.

  • Sebarang kos pengangkutan pada Hari 3 (1 day free and easy) 

  • Insurans perjalanan

IMPORTANT NOTES

  • Pakej ini direka untuk mereka yang inginkan percutian berkonsepkan santai, bersiar-siar dan bergambar.

  • Sesuai untuk pelanggan lebih tua dan keluarga.

  • Maksud Sharing (seat in coach) adalah anda mungkin akan berkongsi van & bot dengan peserta bukan ahli kumpulan anda.

  • Untuk penginapaan waterchalet, toiletries,seterika ataupun air mineral dalam bilik tidak disediakan. Anda boleh beli toiletries di perkampungan mabul

Berhubung terus dengan team kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

Cik Salina

Tour Consultant Exec

Cik Fizah

Tour Consultant Exec

bottom of page