top of page

5H4M Taipei + Yilan

Taipei - Taichung - Nantou - Yilan - Yehliu

Bermula 

RM3840 / person

Air Asia

Image by Ethan Lin

JADUAL PERJALANAN

HARI 1 : Kuala Lumpur - Taipei - Taichung

  • Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Taipei.

  • Lawatan di Taichung: Masa bebas untuk bersiar-siar, berfoto dan menikmati pemandangan matahari terbenam di Gaomei Wetlands. Ditambah lagi dengan barisan kincir angin sepanjang kawasan ini menjadikan pemandangan ini adalah spot yang terbaik untuk foto Instagram dan penuh dengan ketenangan. Bermalam di Taichung.


HARI 2 : Taichung - Nantou - Yilan

  • Lawatan di Nantou: Menikmati keindahan Sun Moon Lake dengan menaiki bot persiaran melihat keindahan tasik semulajadi ini yang dikelilingi pergunungan hutan hijau yang berbentuk bulan di satu bahagian dan berbentuk matahari. Satu pengalaman yang menakjubkan untuk berfoto bersama teman.

  • Menimba pengalaman merasai teh tradisi buatan orang Taiwan yang diwarisi zaman berzaman di Tea Experience Centre.

  • Lawatan di Yilan:  Menikmati masa bebas dan bersantai berendam kaki di tarikan air panas semulajadi Tangweigou Hot Spring Park.

  • Melawat Shangrila Leisure Farm yang terletak setinggi 250m di atas puncak bukit Dayuan. Ladang ini menawarkan pemandangan panorama indah gunung dan alam semulajadi yang indah. Antara aktiviti yang terdapat di sini ialah gyroscope, sesi DIY, sky lantern dan banyak lagi. Bermalam di Yilan.

HARI 3 : Yilan - Yehliu - Taipei

  • Lawatan di Yehliu: Yehliu Geo Park: Kawasan yang terletak di pantai utara Taiwan ini terkenal dengan tarikan formasi batuan yang unik seakan sarang madu lebah dan cendawan, spot yang sempurna untuk foto tetamu melawat Taiwan. Formasi batuan yang paling terkenal di sini ialah Queen’s Head dan Dragon’s Head. Di sini juga terdapat pelbagai jenis spesis burung yang jarang dilihat.

  • Lawatan di Taipei: Menyelusuri tarikan yang terdapat di bandar lama Jiufen Old Street yang berinspirasikan seni bina Jepun seperti kedai cenderamata, kedai makanan ringan tradisi dan juga mengambil gambar di viewpoint laut. • Masa bebas untuk bersiar-siar di Shifen Old Street yang merupakan sebuah kawasan bandar lama yang terdapat laluan keretapi dan dipenuhi dengan kedaikedai cenderamata dan hasil kraf tradisional sambil meluangkan masa untuk berfoto di Shifen Waterfall. Di sini juga tetamu boleh mencuba aktiviti tradisional iaitu sky lantern dengan tambahan bayaran tertentu. Bermalam di Taipei.

HARI 4 : Taipei 

  • Melawat Taiwan Cultural & Creative Arts Center yang memaparkan pelbagai jenis ukiran yang unik dari pelbagai jenis sumber seperti batu jed, kristal dan juga kayu.

  • Taipei 101 Tower: Dahulunya merupakan menara yang tertinggi di dunia setinggi 508m dan merupakan hub bagi Taiwan World Financial Center. Masa bebas untuk berfoto dan membeli-belah di Taipei 101 Shopping Center.

  • Bersolat di Taipei Grand Mosque yang merupakan masjid yang tertua di Taiwan yang dibina pada 1948. Membeli-belah di Ximending Night Market yang terletak di kawasan Ximending Walking District. Pasar malam ini merupakan antara yang terkenal di Taiwan dan terdapat ratusan gerai dan kedai menjual pelbagai barangan. Bermalam di Taipei.

HARI 5 : Taipei - Kuala Lumpur

  • Melawat National Chiang Kai-shek Memorial Hall yang dibina pada 1980 bagi memperingati jasa mendiang bekas Presiden Taiwan itu dan di dataran Liberty Square sini juga terdapat National Theater dan National Concert Hall. 

  • Pelajari cara pembuatan kek tradisional di DIY Pineapple Cake.  Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

HARGA PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan kelas ekonoi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan. 

  • Penginapan hotel 3 malam bertaraf 3 bintang sepanjang lawatan termasuk cukai bandar

  • Sarapan pagi di hotel, makanan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mebikut aturcara.

  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.

  • Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional.

  • Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran

HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK

  • Kos antigen atau PCR COVID-19 sekiranya disyaratkan oleh negara dilawati.

  • Travel & Covid-19 Insurans - Hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans yang sesuai

  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.

  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.

  • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.

  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.

  • Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.

HOTEL

  • Taichung Stay Hotel 1 Mlm

  • Yilan Shangrila Leisure Farm 1 Mlm

  • Taipei Taipei Changqing 2 Mlm

Berhubung terus dengan team kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

Cik Salina

Tour Consultant Exec

Cik Fizah

Tour Consultant Exec

bottom of page