top of page

Harga Seorang Bermula

RM 7,190

9D7N All in Package

Booking segera melalui talian hotline kami dan dapatkan info lanjut berkenaan percutian ini sekarang.

Turkish_Airlines_logo.png

9H7M BALKANS 5 NEGARA

DEPARTURE DATE

  • 7 MAY 2023

HARI 1 | KUALA LUMPUR - ISTANBUL - SKOPJE

  • Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Skopje (transit di Istanbul). Bermalam di Skopje.

HARI 2 | SKOPJE - TETOVO - OHRID

  • Lawatan di Skopje:

  • Skopje Kale Fortress: Kota pertahanan yang terletak di tengah bandar Skopje ini dibina seawal kurun ke-6 lagi.

  • Stone Bridge: Jambatan batu yang merentasi Vardar River di tengah kota ini dibina pada tahun 1451.

  • Alexander The Great Statue: Tugu setinggi 14.5 m ini dibina pada tahun 2011 sempena 20 tahun kemerdekaan Republic of Macedonia.

  • Masa bebas di Macedonia Square sambil membeli-belah cenderamata dan makanan tradisi di Old Bazaar.

  • Lawatan di Tetovo:

  • Sarena Painted Mosque: Kompleks masjid yang berwarna-warni ini dibina pada tahun 1438 dan turut menempatkan laman bunga, sekolah Medresa dan Turbe (makam) 2 beradik perempuan yang menaja pembinaan masjid ini.

  • Lawatan di Ohrid:

  • Haji Turgut Mosque: Masjid yang tertua di sini yang dibina pada tahun 1466.

  • Abedin-Pasha Mosque: Masjid yang dibina pada abad ke-17 yang turut menempatkan makam Emir pertama Ohrid.

  • Masa bebas di Chinar Square yang terkenal dengan Old Chinar Tree yang berusia lebih 1000 tahun dan membeli-belah di Old Bazaar Street.

  • Nikmati pemandangan indah Lake Ohrid yang cukup indah dan luas umpama lautan.

  • Monastery of St. Naum: Biara Ortodoks ini dibina di tebing Lake Ohrid sejak tahun 905 ketika zaman Bulgarian Empire. Bermalam di Ohrid.

HARI 3 | OHRID - TIRANA - SHKODER

  • Lawatan di Tirana:

  • Ethem Bey Mosque: Dibina pada tahun 1791, masjid ini menjadi pemangkin kejatuhan komunisme negara ini.

  • Clock Tower of Tirana: Menara jam setinggi 35m yang dibina pada tahun 1811.

  • Lawatan bas panorama melepasi Pyramid of Tirana, National History Museum, Cold War Bunker, Skanderbeg Square dan Skanderbeg Monument

  • Lawatan di Shkoder:

  • Rozafa Castle: Kota pertahanan dan kediaman zaman Illyrian ini dibina pada kurun ke-9 dan pernah menjadi medan pertempuran beberapa kerajaan kerana lokasinya yang amat strategik.

  • Lead Mosque: Dibina pada tahun 1773 oleh Pasha Albania dan pernah ditutup selama 23 tahun zaman komunisme. Bermalam di Shkoder.

HARI 4 | SHKODER - KOTOR - DUBROVNIK

  • Lawatan di Kotor:

  • Old Town of Kotor: Antara kota tepi laut yang tercantik di Mediterranean dengan tembok kota setinggi 20m dan antara tarikan di sini ialah Square of Arms, Watch Tower, Prince’s Palace, Pillar of Shame dan Sea Gate of 1555.

  • Lawatan di Dubrovnik:

  • Old City of Dubrovnik: Dikenali sebagai Pearl of the Adriatic kerana keindahan pemandangannya. Kota ini sememangnya destinasi wajib jika ke Balkans. Melawat tarikan utama di dalam tembok kota ini seperti Large Onofrio Fountain, Rector’s Palace, Clock Tower, Bell Tower, Orlando’s Column dan juga bersiar-siar di sepanjang jalan utama Bermalam di Dubrovnik.

 

HARI 5 | DUBROVNIK - BLAGAJ - MOSTAR

  • Lawatan di Blagaj:

  • Berfoto dan menikmati pemandangan yang amat indah di mata air Buna River Spring.

  • Lawatan di Mostar:

  • Mostar Bridge: Jambatan ikonik Bosnia yang terkenal di serata dunia dan dibina pada abad ke-16 berdasarkan senibina Islamik Balkan.

  • Koski Mehmed Pasha Mosque: Masjid yang dibina pada tahun 1618 berdasarkan senibina Uthmaniyyah Turki.

  • Membeli-belah cenderamata di Bazar Kujundziluk yang terletak di sepanjang Neretva River. Bermalam di Mostar.

HARI 6 | MOSTAR - SARAJEVO

  • Lawatan di Sarajevo:

  • Bersiar-siar di taman rekreasi Vrelo Bosne dan menikmati suasana tenang semulajadi taman ini.

  • Tunnel of Hope: Terowong yang dibina ketika Perang Bosnia dan digunakan penduduk setempat bagi mendapatkan   bekalan makanan dan ubatan ketika manapada waktu itu bandar Sarajevo dikepung oleh tentera Serbia.

  • Membeli-belah di Bascarsija Bazaar sambil berfoto di Sebilj iaitu sebuah monumen kayu dibina pada tahun 1753, bersolat di Gazi Husrev-Bey Mosque yang merupakan masjid terbesar di Bosnia dibina pada tahun 1530, menara jam Sahat Kula dan juga Vijecnica.

  • Temui dan ambil foto Sarajevo Roses, nama panggilan kesan letupan bom mortar ketika Perang Bosnia yang disimen semula dengan warna merah membentuk seakan bunga ros di hadapan Sacred Heart Cathedral. Bermalam di Sarajevo.

HARI 7 | SARAJEVO - AHMICI - JAJCE - BIHAC

  • Lawatan di Ahmici:

  • Melawat 116 Monument di perkampungan kecil Ahmici di mana terjadinya tragedi pembunuhan 116 orang penduduk dalam satu pagi oleh tentera Croatia ketika Perang Bosnia.

  • Lawatan di Jajce:

  • Berfoto di Pliva Waterfall yang setinggi 27m danWatermills Open Air Museum yang cukup unik dengan binaan 20 buah rumah kincir air kayu di atas Pliva River di Jajce. Bermalam di Bihac.

HARI 8 | BIHAC - PLITVICE - ZAGREB - ISTANBUL

  • Melawat dan bersiar-siar di kawasan tasik pergunungan air terjun Plitvice Lakes yang dipanggil sebagai syurga dunia. Sesuai panggilannya, kawasan ini cukup indah dengan tasik yang kehijauan dan rangkaian air terjunnya yang menakjubkan

  • Lawatan di Zagreb:

  • Melawat sekitar kota Zagreb terutamanya di Ban Jelacic Square yang terdapatnya Zagreb City Skale Model, Ban Jelacic Statue dan Lotrscak Tower. Bertolak pulang ke Kuala Lumpur (transit di Istanbul).

HARI 9 | ISTANBUL - KUALA LUMPUR

  • Tiba di KLIA. Terima kasih & jumpa lagi!

Package Included

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan

  • Penginapan hotel bertaraf 4* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).

  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.

  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Vrelo Bosne, Tunnel of Hope, Kotor Old Town dan Plitvice Lakes.

  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.

  • Perkhidmatan tour leader dan tour guide yang terlatih professional.

  • Tip untuk tour leader, tour guide dan pemandu bas persiaran.

Package excluded

  • Kos ujian antigen atau PCR COVID-19 sekiranya disyaratkan oleh negara dilawati.

  • Travel & Covid-19 Insurans - Hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans yang sesuai.

  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.

  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.

  • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.

GD - BALKAN.png
bottom of page